Produk
Canvas: Pergerakan Seni Karya Anda
Kami akan berkongsi butiran dan sumber tentang format baharu kami untuk ekspresi artistik, yang buat masa ini terhad dari segi ketersediaan.
Di Spotify for Artists, kami tahu bahawa terdapat lebih banyak potensi pada pemuzik berbanding muziknya, maka kami sentiasa membangunkan cara untuk mengembangkan kemungkinan kreatif untuk anda menyampaikan cerita anda. Sejak zaman Thriller Michael Jackson atau pun sejak zaman album visual pertama The Beatles iaitu A Hard Day's Night, ekspresi kreatif telah mengubah cara peminat menikmati muzik. Pada zaman penstriman ini, kami tahu bahawa anda mencari lebih banyak cara untuk memberikan konteks visual kepada muzik anda.
Jawapannya Canvas. Kami telah menguji Canvas dengan artis terpilih untuk beberapa ketika dan kini, kami juga menjemput beberapa pengguna Spotify for Artists yang paling aktif untuk menyertai beta. Setakat ini, jemputan ini mendapat sambutan yang baik dengan pasukan artis dan juga peminat, serta mencapai berjuta-juta pendengar setiap hari. Kami telah menyaksikan beberapa penggunaan Canvas yang hebat dan kami ingin berkongsi butiran dan sumber selanjutnya kepada pasukan artis tentang fungsi Canvas, sebab pendengar menyukai Canvas dan cara untuk memikirkan tentang strategi Canvas anda bagi keluaran baharu dan katalog. Di laman baharu kami, anda akan dapat melihat beberapa penggunaan Canvas yang paling cemerlang sepanjang tahun lalu. Kami berharap ini akan lebih menggalakkan kreativiti anda.
Berikut merupakan segala perkara yang patut anda tahu tentang Canvas dan program beta:
Apakah itu Canvas?
Canvas merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk menyediakan keupayaan kepada pengguna Spotify for Artists dan Spotify Analytics untuk menghasilkan pengalaman visual inovatif mereka sendiri. Ciri ini memberikan kuasa pergerakan kepada muzik anda, dengan membolehkan anda menghasilkan dan menampilkan visual ulang tayang anda sendiri dalam paparan "Sedang Dimainkan", iaitu lokasi yang paling kerap ditonton dalam aplikasi mudah alih Spotify pada Android dan iOS. Ini merupakan cara untuk anda mendapatkan perhatian dan membina visi, serta cara yang bagus untuk berkongsi lebih banyak maklumat tentang diri anda bersama pendengar, dengan harapan ini dapat menjadikan mereka peminat anda. Penambahan Canvas boleh membantu menarik perhatian pendengar anda; kami dapat melihat bahawa penambahan Canvas yang berkualiti tinggi pada sesebuah lagu boleh meningkatkan strim, penyimpanan, pelayaran profil artis dan perkongsian.
Melalui beta yang dikembangkan, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada pasukan artis untuk melihat Canvas sebagai strategi keluaran yang penting dan unik. Walau bagaimanapun, ini bukan sekadar untuk keluaran baharu. Sebaik sahaja anda menyertai program beta, artis boleh meluahkan diri mereka sendiri di seluruh katalog mereka dengan menambah Canvas yang unik pada mana-mana lagu atau album.
Matlamat Canvas adalah agar anda mempunyai cara yang lebih baik untuk meluahkan diri anda dan membolehkan pendengar berinteraksi dengan anda dan muzik anda dengan lebih mendalam. Kami akan terus mengusahakan ciri tambahan, dan lebih banyak alatan dan metrik untuk membantu anda memahami cara seni anda mencapai audiens anda dengan lebih baik.
Perkara yang perlu anda tahu jika anda menyertai beta
Canvas merupakan peluang untuk artis meningkatkan lagi pengalaman pendengar dengan sebarang kandungan visual menarik yang dihasilkan: ulang tayang berterusan atau potongan tajam yang akan membawa penonton menyelami identiti visual dan menambah tekstur pada naratif album. Sebaik sahaja anda mendapat jemputan anda, atau jika anda belum dimasukkan dalam senarai lagi (akan diterangkan lebih lanjut nanti), ini merupakan peluang untuk berfikir di luar kotak, menghasilkan sesuatu yang lebih intim dan meningkatkan kapasiti untuk menyantuni pendengar dengan cara berbilang dimensi.
Lihat Dasar Panduan Canvas untuk mendapatkan butiran dan spesifikasi, baca Panduan Metrik Canvas kami untuk melihat cara menjejaki ini dan semak 10 petua popular Canvas kami untuk melihat sekiranya format baharu ini merupakan format yang sangat berkesan untuk anda, jika anda dijemput menyertai Beta.
Jika anda belum menerima jemputan dan berminat untuk menyertai beta, daftar untuk memasuki senarai menunggu kami agar anda menjadi antara yang terawal dimaklumkan tentang sebarang pengumuman baharu.
–Spotify For Artists
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.