Cara Penyegerakan Meningkatkan Peminat Anda: Cerapan daripada Spotify for Artists dan Netflix

Jonathan Cohen / September 28, 2022

Penyegerakan meningkatkan penstriman lagu yang ditampilkan dalam filem dan rancangan TV, memperkenalkan ramai pendengar baharu. Namun, setelah peminat tersebut berada di Spotify, mereka meneroka seluruh katalog seseorang artis.

Anda sudah tahu bahawa kejayaan mengejut lagu Kate Bush "Running Up That Hill" yang dicipta 37 tahun yang lalu selepas ditampilkan dalam Stranger Things Netflix merupakan salah satu berita muzik yang terbesar pada tahun 2022. Namun bukan peminat lama sahaja yang datang ke Spotify untuk mendengar lagu: ramai pendengar baharu juga menstrim lagu tersebut dan mereka tidak berhenti setakat itu. Seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Peminat: Edisi Katalog baharu kami, terdapat banyak contoh peletakan penyegerakan yang mendorong pendengar kepada perkara selain lagu yang ditampilkan, sehingga ke seluruh katalog artis yang terlibat. Apatah lagi: data yang kami kumpulkan bersama dengan Netflix ini, menunjukkan bahawa peningkatan ini terpakai untuk artis pada semua peringkat.

Baca selanjutnya - Penyegerakan kepada Penstriman: Cara Memaksimumkan Potensi Pada Skrin Muzik Anda

Pendengar Penyegerakan Lebih Mendalami Kandungan

Penstriman diskografi Bush yang selebihnya telah menunjukkan peningkatan hebat sebanyak 439% selepas penyegerakan Stranger Things. Lizzo, artis disegerakkan lain yang telah dianalisis dalam kajian ini, menjadi amat popular apabila "Truth Hurts" ditampilkan dalam komedi cinta Netflix Someone Great pada tahun 2019, iaitu dua tahun selepas lagu tersebut dikeluarkan buat kali pertama sebagai single. Penyegerakan telah menyebabkan peningkatan penstriman katalog Lizzo yang selebihnya sebanyak 272%, selain peningkatan penstriman lagu yang disegerakkan sebanyak 870% dalam tempoh dua minggu selepas penyegerakan.

Artis baharu Manu Pilas turut menjadi tumpuan selepas versi lagu folk Itali tradisionalnya "Bella Ciao" telah digunakan dalam siri drama Sepanyol tahun 2017 Money Heist , meningkatkan penstriman keseluruhan katalognya sebanyak 171%. Manakala legenda R&B William Bellkembali menjadi tumpuan 53 tahun selepas mencipta lagu popular dengan "I Forgot To Be Your Lover" apabila lagu tersebut ditampilkan dalam filem Netflix tahun 2021 Malcolm & Marie , meningkatkan keseluruhan katalognya sebanyak 132%.

Amy Dunning, Naib Presiden Netflix, Penerbitan Kreatif Muzik, mengesahkan kuasa penyegerakan ini untuk "melancarkan kerjaya dan melancarkan semula karya klasik kepada audiens baharu."

Penyegerakan boleh menyerlahkan "muzik daripada artis baharu, seperti yang telah pengarah Jennifer Robinson dan penyelia muzik Stephanie Diaz Matos lakukan pada tahun 2019 dengan Lizzo dan lagunya 'Truth Hurts' dalam filem Someone Great ," kata Dunning. Sebaliknya, menonjolkan "nilai yang dapat diberikan oleh lagu katalog yang dihargai kepada watak yang sesuai seperti yang Nora Felder lakukan dengan 'Running Up That Hill' dan Stranger Things."

Penyegerakan Menarik Peminat Baharu

Seperti Kate Bush, bukan peminat jangka panjang semata-mata yang mula mendengar selepas penyegerakan. Data Kajian Peminat menunjukkan bahawa artis disegerakkan menikmati peningkatan penstriman kali pertama, iaitu pendengar yang tidak pernah menstrim artis tersebut di Spotify, yang mendadak -- daripada 50% hingga 6,000%, berdasarkan kumpulan lagu yang dianalisis.

Walaupun angka 6,000% ini mewakili peningkatan bilangan pengguna Spotify yang mendengar karya Kate Bush buat kali pertama akibat penyegerakan berbanding dengan tempoh tujuh hari sebelum penyegerakan, kesan yang dialami tetap hebat untuk semua artis yang kami perhatikan, yang terdiri daripada artis baharu hingga nama sebutan ramai.

Penyanyi/pencipta lagu kian popular Baby Queen melihat peningkatan penemuan sebanyak 1,134% dalam minggu selepas lagunya "Colours of You" ditampilkan dalam Heartstopper pada bulan April tahun ini, berbanding dengan tempoh 7 hari sebelum siaran episod yang berkenaan. Dalam tempoh 28 hari, Baby Queen telah memperoleh hampir 1.5 juta pendengar baharu. Metallica yang lebih mantap dari segi kerjaya pula telah melihat peningkatan penemuan sebanyak 432% pada minggu selepas karya kegemaran vintaj "Master of Puppets" ditampilkan dalam Stranger Things pada bulan Julai tahun ini berbanding dengan tempoh 7 hari sebelum siaran episod yang berkenaan. Walaupun kedua-dua artis ini merupakan pencipta lagu popular selama berdekad-dekad, mereka tetap telah memperoleh lebih daripada 6 juta pendengar baharu ekoran daripada penyegerakan.

Penglibatan

Selepas pendengar mula mendengar artis disegerakkan, mereka tidak menstrim lagu artis tersebut semata-mata. Perkongsian, penyimpanan dan penambahan playlist turut meningkat dan penglibatan ini tidak mengambil kira genre dan juga zaman.

Contoh jelas boleh dilihat pada jumlah penambahan playlist. Lagu tahun 1971 penyanyi/pencipta lagu Harry Nilsson "Gotta Get Up" telah ditambahkan pada 7,613% lebih banyak playlist dalam tempoh beberapa hari selepas lagu tersebut ditampilkan dalam Russian Doll tahun 2019, berbanding dengan beberapa hari sebelumnya. Penambahan ini tetap kekal di atas tahap sebelum penyegerakan walaupun selepas 28 hari kemudian. Lagu penyanyi/koreografer Todrick Hall "Hair, Hips, Nails, Teeth" juga melihat peningkatan yang serupa selepas ditampilkan dalam Sex Education pada hujung tahun 2021. Penambahan playlist telah meningkat sebanyak 379% selepas penyegerakan dan kekal di atas tahap sebelum penyegerakan selama 28 hari yang berikutnya.

"Apabila pendengar datang untuk mendengar lagu yang baru mereka dengar dalam rancangan TV, iklan atau filem," kata Bryan Johnson, ketua kerjasama artis dan industri antarabangsa Spotify, "mudah sahaja untuk pendengar selami katalog artis pada Spotify, simpan lagu kegemaran baharu mereka pada playlist dan kongsi lagu tersebut dengan rakan."

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Related Stories