Cara Magic City Hippies Menggunakan Marquee, Canvas dan Discovery Mode untuk Mengembangkan Kumpulan Peminatnya Menjelang Pelancaran Album Baharu Mereka
Penggunaan alatan pemasaran Spotify for Artists oleh band Miami ini membuatkan pendengar empat kali lebih berkemungkinan menstrim single prakeluaran dan audiens band ini meningkat tiga kali ganda dalam konteks Discovery Mode sebelum pelancaran album.
Magic City Hippies daripada Miami mendendangkan muzik alt-funk mereka yang santai sejak ditubuhkan pada tahun 2015. Namun, apabila pandemik mengubah segala-galanya, band indie tiga orang ini menjadi inovatif dengan cara mereka merakam album kedua mereka, Water Your Garden dan cara mereka memastikan album ini menjangkau lebih ramai pendengar daripada sebelum ini.
Album yang ditulis dan dirakam pada tahun 2021 oleh ahli band ini iaitu Robby Hunter, Pat Howard dan John Coughlin dihasilkan dengan semua ahlinya berada di berlainan tempat dalam negara. Tajuk album ini sendiri menjelaskan tema "jaga diri dan jaga orang yang tersayang" secara menyeluruh dalam 11 buah lagu mereka," ujar pengurus mereka, Brad Desmond. "Ini yang mereka rasakan tiada dalam hidup mereka sebelum pandemik berlaku."
Apabila Magic City Hippies mula merancang keluaran Water Your Garden , band ini mempunyai hampir 650,000 pendengar bulanan di Spotify dan dua tahun sudah berlalu sejak debut mereka, Modern Animal. Oleh itu, semasa merangka strategi keluaran Garden , mereka menumpukan pada strategi menyantuni semula pendengar sedia ada dan menjangkau pendengar baharu. Untuk mencapai matlamat ini, mereka merancang untuk mengeluarkan single dalam tempoh sembilan bulan sebelum album penuh dilancarkan. Mereka membina kesedaran agar asas peminat bersedia untuk mendengar terus album dengan penuh semangat apabila album dilancarkan.
"Peluang untuk mengeluarkan album adalah terhad," ujar Desmond. "Saya tidak mahu terlepas satu pun pendengar yang berpotensi: ini bagaikan pembeli tiket yang berpotensi, yang akan memberitahu hal ini kepada 10 rakan mereka."
Untuk mencapai matlamat mereka dalam "memudahkan sebanyak mungkin untuk [pendengar] menemukan" muzik baharu mereka, kata Desmond, mereka menggunakan beberapa alatan Spotify for Artists, termasuklah Marquee, Canvas dan Discovery Mode. Alatan ini digunakan dalam pendekatan masa tunggu yang panjang dan pelbagai aspek yang mengaktifkan prakeluaran audiens mereka, menguar-uarkan berita apabila keluaran dilancarkan dan mengekalkan momentum walaupun pasca keluaran.
"Audiens kami ada [di Spotify]. Beginilah cara ramai orang menemui kami," ujar Desmond. "Inilah cara utama kami berkomunikasi dengan peminat... Jadi, keutamaan kami adalah menjadi aktif di Spotify dan menggunakan apa-apa alatan pemasaran yang tersedia kepada kami untuk memberikan pengalaman terbaik yang mungkin."
Dengan Marquee dan Canvas, mereka mempersiapkan pendengar mereka untuk album ini dengan sejumlah single beberapa bulan sebelum keluaran album mereka pada bulan Januari 2022. Dengan Discovery Mode, mereka berusaha untuk mengembangkan lagi audiens mereka, sejurus sebelum dan selepas album mereka dilancarkan serta sejurus sebelum konsert jelajah mereka.
Teruskan membaca untuk mengetahui cara mereka menggunakan setiap alat untuk melebihi matlamat mereka.
Marquee Melibatkan Pendengar Sebelum Pelancaran Album
Orang yang melihat Marquee empat kali ganda lebih cenderung untuk menstrim single.
Single prakeluaran pertama Water Your Garden , "Diamond dikeluarkan sembilan bulan sebelum album, pada April 2021. Memandangkan sudah dua tahun berlalu sejak pelancaran album mereka, pasukan Magic City Hippies memutuskan untuk mencuba Marquee dengan menyasarkan pendengar leka mereka kerana, "Ini sesuai dengan strategi keluaran, membantu kami mencapai matlamat untuk melibatkan semula peminat," ujar Iona Casta, ketua pemasaran media dan digital berbayar di Create Music Group, pengedar band ini. Marquee mendorong 25% daripada pendengar leka mereka untuk menstrim band ini secara aktif buat kali pertama dalam tempoh lebih dari enam bulan. "Sebaik sahaja kami melihat hasilnya, kami memutuskan untuk menggunakan alat ini bagi setiap keluaran."
Sepanjang tahun lepas, mereka melancarkan lima lagi single — “Water Your Garden,” “Queen,” “High Beams,” “Ghost on the Mend” dan “Champagne on the Rider.” Mereka menggunakan Marquee untuk mempromosikan kesemua single tersebut. Mereka juga ada jenaka tersendiri mengenai Marquee. "Saya dan Brad menggelar Marquee sebagai 'pemanas' untuk album," ujar pengurus projek Create Music Group, Anna Antoniadis. Secara purata, 24% orang yang menstrim single praalbum setelah melihat Marquee akan menyimpan single tersebut dalam pustaka peribadi mereka untuk penstriman akan datang.
"Ini merupakan strategi paling berkesan untuk meningkatkan bilangan penstriman kerana Marquee ada dalam aplikasi," sambung Casta. "Marquee memberikan akses secara terus kepada peminat untuk benar-benar mendengar, menyimpan muzik dan kembali mendengar muzik kemudian. Jika saya mengoptimumkan iklan lain untuk mendapatkan penukaran, beberapa langkah diperlukan untuk orang menstrim dan menyimpan lagu."
Penggunaan Marquee untuk menyasarkan pendengar yang baru berminat, pendengar kasual dan pendengar leka Magic City Hippies menyebabkan pendengar terbiasa dengan lebih daripada separuh Water Your Garden sebelum pelancaran album tersebut.
"Cabaran terbesar kami," ujar Desmond, "adalah memastikan seluruh asas peminat kami sedar tentang perkara yang kami lakukan… dan Marquee berjaya merealisasikannya."
Canvas Meningkatkan Estetika
Penggunaan Canvas yang menyeluruh oleh Magic City Hippies — ringkasnya, alat Spotify for Artists yang menayangkan visual secara berulang, memastikan pendengar yang mengklik Marquee juga dapat melihat dunia kreatif mereka. Band ini bekerja keras dalam video bagi setiap single Water Your Garden dan mereka menghasilkan Canvas bagi setiap satu single. "Canvas membolehkan kami membawa visual tersebut dalam platform Spotify dan memberikan pengalaman mendengar yang lebih mendalam dan mengasyikkan kepada peminat kami," jelas Desmond. "Perkara lain yang saya suka tentang Canvas adalah apabila Canvas dikongsi ke Instagram Stories, ini yang benar-benar kami nantikan dan kami menggalakkan peminat untuk berbuat demikian…Canvas menjadikan perkongsian tersebut lebih menarik buat mereka."
"Dalam sesetengah keadaan, kami menggunakan sedikit gulungan B untuk memberikan sedikit kejutan buat peminat yang mungkin terpesona dengan video muzik dan menggunakan Spotify untuk mendengar lagu," sambung Desmond. "Pada lagu yang bukan single, kami menggunakan lebih banyak gulungan B daripada video lain. Dalam satu video, kami meminta pengarah melakukan banyak gerakan perlahan bunga dan hal itu sesuai dengan tajuk album." Gulungan B daripada video lain ditukar menjadi Canvas yang "mirip seperti visual psikedelik" untuk lagu lain.
Discovery Mode Membantu Untuk Meluaskan Jangkauan Mereka
Audiens band tiga orang ini telah meningkat tiga kali ganda dalam konteks Discovery Mode, merentasi lebih daripada 100 pasaran dengan 31% daripada pendengar tersebut tidak pernah menstrim band itu sebelum ini.
Pada bulan Disember, sebulan sebelum album tiba dan konsert jelajah bermula, pasukan mereka berusaha untuk menjangkau pendengar baharu dengan menghidupkan Discovery Mode, sebuah alat pemasaran yang membantu artis meluaskan jangkauan muzik mereka apabila audiens mereka sangat bersedia untuk menemukan muzik. Discovery Mode membolehkan pengedar memilih muzik yang ingin mereka utamakan dalam sesi diperibadikan yang terpilih. Hal ini meningkatkan kemungkinan sesebuah lagu menjangkau pendengar dalam konteks tersebut.
"Kami sememangnya berusaha untuk menjangkau seramai orang yang mungkin dalam tempoh tersebut," ujar Desmond. "Terutamanya dalam bulan seperti Disember, yang dari dahulunya dianggap bulan yang perlahan," melihatkan audiens band ini meningkat tiga kali ganda dalam konteks Discovery Mode, dengan 31% daripada pendengar tersebut tidak pernah menstrim band itu sebelum ini, telah "melebihi jangkaan kami."
Pada mulanya, pasukan ini berasa terperanjat melihat peningkatan khusus bagi dua lagu yang mereka pilih, dengan penstriman dua kali ganda “Ghost on the Mend” dan “Diamond” dalam konteks Discovery Mode apabila mereka menghidupkan Discovery Mode bagi lagu tersebut berbanding dengan bulan sebelumnya. "Sebaik sahaja kami melihat banyak data, akhirnya hal ini masuk akal," jelas Antoniadis.
"Saya ingatkan prestasi 'Queen' akan lebih baik kerana lagunya lebih pendek dan menarik," ujar Desmond. "'Diamond' dan 'Ghost on the Mend' benar-benar dinamik dan ini merupakan satu kejutan, tetapi saya rasa hasilnya benar-benar hebat. Kami berasa seronok melihat impak mod ini. Memang menarik untuk melihat data bahagian belakang, tetapi dengan Discovery Mode secara khusus…ini memberikan kami cerapan yang sangat menarik."
Secara keseluruhan, band ini mendapati Discovery Mode cara yang hebat untuk memahami perkara yang dapat dikaitkan orang ramai "kerana muzik ini muncul dalam playlist algoritma," ujarnya. "Ini seperti 'Oh, saya terdengar lagu ini secara rawak dalam radio dan kini, saya menambahkan lagu ini dalam playlist dan saya mendengar lagu ini sepanjang masa sekarang.' Ini merupakan cara yang menarik dan berbeza dalam melihat perkaitan antara perkara."
Bagi Desmond, "sebagai artis bebas, sangat luar biasa untuk kami mendapatkan cerapan audiens sebegitu."
Penghebahan Pada Hari Keluaran dan Seterusnya
Setelah mengembangkan audiens mereka melalui Discovery Mode, band ini bersedia untuk mempromosikan album Water Your Garden dengan Marquee sekali lagi. Untuk membina momentum, mereka menempah kempen Marquee yang menyasarkan pendengar yang baru berminat, iaitu pendengar yang menstrim muzik mereka secara aktif dalam tempoh 28 hari yang lalu.
Marquee mendorong secara purata 13.5 strim keluaran baharu bagi setiap pendengar dan ini adalah tiga kali ganda lebih banyak strim bagi setiap pendengar berbanding dengan album mereka secara umum.
Ini "menunjukkan betapa handalnya Marquee dalam penukaran dan yang paling penting, hasilnya ialah penukaran demi penukaran," ujar Antoniadis. "Tidak kiralah bilangan klik yang anda dapat di Instagram atau Facebook, ini tidak semestinya bermakna pengguna akan menstrim lagu tersebut… Sebagai orang yang berminat dengan data, saya gembira dapat melihat penukaran sebenar kepada strim."
Dengan Marquee, album juga mencapai kadar niat tertinggi setakat ini: 30% daripada pendengar Marquee menyimpan lagu daripada album kepada pustaka mereka atau menambahkan lagu dalam playlist peribadi. Selain itu, 20% daripada pendengar Marquee mereka juga menstrim daripada keluaran lebih lama seperti Modern Animal yang dikeluarkan pada tahun 2019.
Disebabkan "peminat masih merasakan keterkaitan dengan keluaran itu," berbulan-bulan selepas hari keluaran album, Desmond berkata pasukan mereka akan kembali menggunakan Discovery Mode untuk lagu Garden yang tidak menggunakan mod ini sebelum ini.
"Salah satu matlamat saya secara umum dan terutamanya dengan pelancaran album—adalah melanjutkan tempoh keluaran selepas hari keluaran," tambah Antoniadis. "Ini tidak berakhir pada hari itu sahaja buat semua orang dan anda boleh teruskan untuk mendorong keluaran dengan pelbagai cara. Discovery Mode [merupakan] alat yang bagus untuk tujuan sebegitu."
"Keluaran kali ini adalah lebih besar dan lebih profesional," ujar Desmond. "Kami sentiasa cuba sedaya-upaya dan dengan [tiga] alatan ini, kami dapat melakukan kerja yang lebih baik."
Band ini teruja untuk meneruskan kejayaan keluaran ini apabila konsert jelajah 2022 mereka bermula, termasuklah persembahan di Festival Muzik Firefly pada bulan September. "Mereka bekerja keras selama beberapa tahun untuk membawa muzik yang sangat unik bagi mereka, yang dihasilkan dalam studio dan…membawa muzik tersebut ke atas pentas dan mempersembahkan muzik itu secara langsung," ujar Desmond.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.