Strategi Marquee: 6 Cara untuk Menguatkan Keluaran Baharu Anda

June 24, 2022

Teroka cara anda boleh menggunakan alat kempen kami untuk meningkatkan muzik baharu anda, sama ada anda ingin memaksimumkan penglibatan secara keseluruhan atau mengembangkan segmen audiens yang tertentu.

Sejak pelancaran Marquee, iaitu cadangan ditaja dengan skrin penuh bagi muzik baharu anda kepada pendengar yang telah menunjukkan minat terhadap muzik anda — telah ditingkatkan supaya kini terdapat pelbagai cara untuk menggunakan Marquee bagi memenuhi keperluan anda yang khusus.

  • Jenis Keluaran : Promosikan album, EP atau single baharu
  • Masa : Mulakan kempen sehingga 21 hari selepas keluaran
  • Sasaran : Pilih audiens boleh jangkau anda atau pilih daripada pendengar sebelum ini, yang berminat baru-baru ini dan yang kasual.
  • Geografi : Jangkau pendengar dalam lebih daripada 10 pasaran termasuklah Austria, Kanada, Perancis, Jerman, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat

Para artis daripada pelbagai peringkat telah menggunakan Marquee untuk mendorong penstriman tertumpu bagi keluaran baharu mereka. Pendengar yang melihat Marquee secara puratanya dua kali ganda lebih cenderung menyimpan lagu daripada keluaran yang dipromosikan untuk penstriman akan datang. Marquee bukan sahaja mengenai keluaran baharu: Pendengar yang terlibat dengan Marquee secara puratanya tiga kali ganda lebih cenderung menstrim daripada keluaran lama.

Mari lihat lebih dekat pada enam cara artis menggunakan Marquee untuk mencapai matlamat keluaran baharu paling lazim: memaksimumkan penglibatan secara keseluruhan ( strategi penglibatan kempen) dan memacu penglibatan daripada bahagian khusus audiens anda ( strategi perkembangan peminat). Selain itu, pelajari cara untuk mengukur kejayaan bagi setiap matlamat.

Strategi Penglibatan Kempen

1. Album & EP — Meriahkan Pengumuman

Buat promosi besar-besaran apabila muzik baharu anda dikeluarkan dengan memulakan Marquee anda pada hari keluaran. Disebabkan Marquee bersiaran secara langsung pada tengah malam hari permulaan kempen, anda boleh menjangkau orang yang berkemungkinan besar mendengar muzik anda dengan kerap.

  • Sasaran : Audiens anda yang boleh dijangkau
  • Hari mula : Hari keluaran
  • Kajian kes : Pasukan Wolf Alice, beralih kepada Marquee untuk memaksimumkan penglibatan bagi album terkini mereka Blue Weekend , dengan memulakan kempen mereka pada hari keluaran lantas menghasilkan dua kali ganda lebih banyak strim setiap pendengar berbanding penanda aras mereka. Baca lebih lanjut di sini.

2. Tingkatkan Single Sebelum Keluaran

Gunakan Marquee untuk mempromosikan beberapa single sebelum keluaran album anda. Sasarkan pendengar yang baru berminat, iaitu orang yang mendengar muzik anda dalam tempoh 28 hari sebelum hari keluaran untuk membantu anda membina momentum sebelum album anda dikeluarkan.

  • Sasaran : Pendengar yang baru berminat
  • Hari mula : Sehingga empat hari selepas hari keluaran
  • Kajian kes : bbno$ membina momentum lagu popularnya yang tular pada tahun 2019, "Lalala" menggunakan Marquee untuk mempromosikan tiga single yang mendahului album tahun 2021 miliknya, Eat Ya Veggies. Tindakan ini meningkatkan strim aktif bbno$ sebanyak 40 peratus sebelum keluaran baharu dilancarkan. Baca lebih lanjut di sini.

3. Kukuhkan Strategi Pelancaran Antarabangsa Anda

Anda boleh melancarkan keluaran baharu anda secara global menggunakan data audiens Spotify for Artists anda untuk menentukan pasaran teratas anda, kemudian menyasarkan pendengar yang betul dalam kalangan berbelas-belas pasaran yang menyiarkan Marquee secara langsung. Pengaturan hari mula kempen anda secara berperingkat akan membantu dalam mengekalkan momentum dan mendapatkan satu lagi gelombang pendengar yang tidak melihat Marquee pada minggu keluaran.

  • Sasaran : Beberapa negara
  • Hari mula : Diatur secara berperingkat merentasi pasaran
  • Kajian kes : Artis RADAR Spotify, girl in red menjalankan kempen Marquee berbilang pasaran secara berperingkat. Ini membantu keluarannya mengekalkan momentum merentasi benua. Baca lebih lanjut di sini.

Strategi Perkembangan Peminat

Pendengar yang manakah ingin anda ubah menjadi peminat yang lebih setia? Marquee menyasarkan orang berdasarkan sejarah pendengaran dan hanya menjangkau pendengar yang belum menstrim keluaran secara aktif.

4. Libatkan Semula Pendengar Leka

Sesuai bagi waktu apabila anda belum mengeluarkan muzik baharu dalam beberapa ketika atau ingin menggalakkan penstriman aktif yang disengajakan.

  • Sasaran : Pendengar leka
  • Hari mula : Sehingga dua hari selepas hari keluaran
  • Kajian kes : Apabila pandemik mengganggu pelan promosi bagi album pertama Lecrae dalam dua tahun, dia dan pasukannya beralih kepada Marquee untuk mengaktifkan semula pendengar leka, lantas mendorong 35% penglibatan semula dan 80,000 penyimpanan dan penambahan playlist. Baca lebih lanjut di sini.

5. Ubah Pendengar Kasual Menjadi Peminat

Sekiranya matlamat anda adalah menggunakan Marquee bagi mengeratkan hubungan dengan pendengar, sasarkan orang yang telah mendengar tetapi berkemungkinan untuk menstrim lebih banyak lagi.

  • Sasaran : Pendengar kasual
  • Hari mula : Sehingga empat hari selepas hari keluaran
  • Kajian kes : Selepas lagu "Space Song" Beach House pada tahun 2015 menular tanpa disangka tahun lepas, mereka mendapat penambahan audiens baharu yang dilibatkan melalui Marquee, lantas mendorong 24% pendengar kasual untuk menyimpan lagu daripada album mereka dan 20% lagi untuk menstrim lagu daripada katalog mereka. Baca lebih lanjut di sini.

6. Aktifkan Pendengar Pasca Keluaran

Memandangkan sasaran Marquee mengecualikan pendengar yang sudah menstrim muzik baharu anda secara aktif, mulakan Marquee sehingga 20 hari kemudian untuk menjangkau pendengar yang berkemungkinan ingin mendengar muzik anda tetapi mungkin terlepas pelancaran tarikh keluaran anda.

  • Sasaran : Audiens anda yang boleh dijangkau
  • Hari mula : 1 hingga 2 minggu selepas hari keluaran
  • Kajian kes : Baca tentang cara Kaskade menggunakan Marquee untuk mempromosikan single “Miles to Go” seminggu selepas keluaran lagu ini untuk membuatkan lebih ramai pendengar sedar, lalu menyebabkan lebih daripada 20% peminat Kaskade atau Ella Vos menyimpan lagu. Baca lebih lanjut di sini.

Mengukur Kejayaan

1. Kenal pasti metrik yang paling penting untuk mencapai matlamat anda.

Kejayaan kelihatan sedikit berbeza, bergantung pada matlamat keseluruhan anda. Bagi strategi penglibatan kempen (1, 2 dan 3 di atas), lihat strim anda bagi setiap pendengar dan kadar penukaran pendengar anda, iaitu peratus orang yang melihat Marquee anda dan mendengar keluaran yang dipromosikan. Bagi strategi perkembangan peminat (4, 5 dan 6 di atas), lihat pada kadar niat, iaitu peratus pendengar anda yang menyimpan lagu daripada keluaran dipromosikan atau menambahkan lagu dalam playlist — serta cara pendengar melibatkan diri dengan keluaran anda yang lain.

2. Semak hasil anda apabila hasil dikemas kini dan 14 hari selepas kempen tamat.

Selepas setiap Marquee, anda akan menerima laporan tentang tindak balas orang yang melihat kempen anda terhadap muzik anda. Anda akan mula melihat metrik kira-kira 24 jam selepas kempen anda bermula dan sehingga 14 hari selepas kempen anda tamat — pada masa inilah semua metrik dimuktamadkan.

3. Ukur metrik yang penting.

Penandaarasan boleh membantu anda memahami prestasi Marquee anda. Untuk menanda aras Marquee yang sebelumnya, layari papan pemuka Spotify for Artists anda, klik pada tab kempen, kemudian pilih "Muat Turun Hasil." Papan pemuka Spotify for Artists anda juga merupakan tempat anda boleh membandingkan cara audiens Marquee anda terlibat dengan keluaran anda berbanding jumlah audiens anda. Daripada papan pemuka anda, layari Halaman Butiran Keluaran dengan pergi ke tab Muzik, klik pada Keluaran dan kemudian klik pada keluaran baharu anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan Marquee, termasuk cara bermula, layari laman Marquee di sini.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini