Terdapat pelbagai jenis matlamat muzik – daripada menarik perhatian peminat baharu dengan album debut sehingga mengeratkan hubungan bersama pendengar jangka panjang sebelum konsert jelajah. Di situlah Campaign Kit dapat membantu.
Dengan alat seperti pengusulan playlist, Discovery Mode, Marquee dan Showcase, Campaign Kit direka untuk membantu anda menukar mana-mana pendengar menjadi "pendengar super" – iaitu peminat anda yang paling aktif daripada tempoh 28 hari yang lalu yang kembali mendengar muzik anda berulang kali. Malah, Kajian Peminat tahun 2023 kami mendapati bahawa lebih daripada dua pertiga pendengar super tetap akan menstrim muzik anda selepas tempoh enam bulan.
Direka khas untuk mencapai tiga matlamat audiens — pertumbuhan, pengaktifan semula dan penglibatan — Campaign Kit membantu anda mewujudkan dan memupuk peminat yang setia.
Matlamat #1: Kembangkan audiens anda
Menarik pendengar baharu ke dunia muzik anda ialah hentian pertama dalam perjalanan peminat. Campaign Kit menghubungkan muzik anda dengan audiens berpotensi yang sesuai untuk memulakan proses ini.
![]()
Kegunaan: Pengusulan playlist
Pada tahun 2024, 74% daripada artis yang ditambahkan pada playlist editorial mempunyai kurang daripada 100 ribu pendengar bulanan. Pengusulan playlist ialah alat percuma yang boleh digunakan oleh artis, tidak kira saiz atau pencapaian dalam kerjaya mereka, untuk membantu dalam memastikan keluaran baharu mereka didengar.
- Cara berfungsi : Serahkan lagu yang belum dikeluarkan kepada editor kami untuk dipertimbangkan bagi playlist yang dipilih susun – tempat pendengar menemukan muzik baharu.
- Ukuran : Pendengar baharu.
- Kisah kejayaan : Lagu artis latin Jay Wheeler, "TRAPPii," dimasukkan dalam playlist Trap Land Spotify, yang mendorong 100,000 strim.
Kegunaan: Discovery Mode
Pada tahun 2024, 35% daripada semua penemuan pada Spotify berlaku melalui cadangan diperibadikan dalam konteks algoritma. Dengan Discovery Mode, artis kini dapat mempengaruhi cara lagu mereka ditonjolkan kepada pendengar dalam konteks sedemikian.
- Cara berfungsi : Luaskan jangkauan lagu anda melalui Spotify Mix, Radio dan Autoplay.
- Ukuran : Strim, pendengar baharu.
- Kisah kejayaan : Artis pop NERIAH menjangkau hampir 500 ribu pendengar baharu dalam tempoh tiga bulan sebelum album debutnya — membentuk hampir 25% daripada pendengarnya pada waktu itu.
Kegunaan: Marquee dan Showcase
Secara purata, penyelidikan kami menunjukkan bahawa penggabungan Marquee dan Showcase menjana 40x lebih ramai pendengar aktif—5x lebih tinggi berbanding dengan menggunakan Marquee sahaja.
- Cara berfungsi : Perkenalkan muzik anda kepada pendengar yang paling cenderung menstrim keluaran yang dipromosikan selepas melihat kempen – walaupun mereka tidak pernah mendengar muzik anda.
- Sasaran : Audiens yang diprogramkan dan/atau berpotensi.
- Ukuran : Pendengar aktif baharu, pendengar baharu.
- Kisah kejayaan : Hampir separuh daripada pendengar yang dijangkau melalui Showcase artis EDM William Black tidak pernah mendengar muziknya.
Matlamat #2: Aktifkan semula pendengar yang tidak menstrim baru-baru ini
Penglibatan semula pendengar terdahulu memastikan muzik anda kekal dalam senarai lagu mereka. Tanpa penglibatan, lebih daripada separuh pendengar dalam audiens aktif sebelum ini artis berhenti menstrim dalam tempoh tiga bulan secara purata.
![]()
Kegunaan: Marquee dan Showcase
Secara purata, kami telah melihat bahawa keluaran baharu yang dipromosikan dengan Marquee mendorong 6x peningkatan dari segi pendengar yang diaktifkan semula.
- Cara berfungsi : Sasarkan pendengar yang tidak menstrim kandungan anda baru-baru ini dengan muzik baharu atau muzik katalog.
- Sasaran : Audiens aktif sebelum ini.
- Ukuran : Pendengar yang diaktifkan semula.
- Kisah kejayaan : Lebih daripada 10% pendengar aktif terdahulu yang menstrim single artis indie Goth Babe daripada kempen Showcasenya menyimpan single pada pustaka mereka atau menambahkan single pada playlist peribadi. Hampir 20% daripada pendengar tersebut juga terus menstrim keluaran lain oleh Goth Babe.
Matlamat #3: Eratkan hubungan bersama peminat aktif
Pendengar anda yang paling aktif – iaitu "audiens aktif" anda – tidak sekadar menstrim muzik anda sekali sahaja. Mereka menyimpan dan menambahkan lagu pada playlist serta menstrim muzik anda berulang kali. Mereka juga menyokong anda dengan persembahan langsung dan jualan merch. Usaha mengeratkan hubungan dengan set pendengar yang berharga ini ialah pelaburan untuk kejayaan jangka panjang.
![]()
Kegunaan: Discovery Mode
Secara purata, kami melihat bahawa artis melihat peningkatan sebanyak +50% dari segi penyimpanan, +44% dari segi penambahan playlist dan +37% dari segi ikutan selepas sebulan menggunakan Discovery Mode.
- Cara alat ini berfungsi : Luaskan jangkauan anda dengan peminat sedia ada serta tingkatkan tindakan seperti penyimpanan dan penambahan playlist, yang mewakili niat tinggi daripada pendengar untuk memainkan lagu semula.
- Ukuran: Strim, kadar niat.
- Kisah kejayaan : Sepanjang tempoh 15 bulan, selepas mengaktifkan Discovery Mode untuk 11 lagu, pendengar artis R&B thuy telah menyimpan dan menambahkan lagunya pada playlist lebih daripada 200,000 kali.
Kegunaan: Marquee dan Showcase
Secara purata, kami melihat bahawa keluaran baharu yang dipromosikan dengan Marquee mendorong 2x peningkatan dari segi pendengar yang dipertingkat.
- Cara berfungsi : Sasarkan pendengar anda yang paling aktif untuk menggalakkan mereka agar mendalami lagi dunia muzik anda.
- Sasaran : Audiens aktif.
- Ukuran : Pendengar yang dipertingkat.
- Kisah kejayaan : Selepas 30 hari, pendengar aktif yang melihat Marquee artis pop Jillian Rossi menstrim kira-kira 30x lebih kerap daripada pendengar serupa yang tidak melihat kempen tersebut.
Cara untuk bermula dengan alat Campaign Kit
Campaign Kit tersedia dalam tab Kempen di Spotify for Artists (desktop). Pengusulan playlist terbuka kepada semua artis, Discovery Mode dilancarkan di 90+ pasaran, manakala Showcase dan Marquee tersedia di sepuluh pasaran—dengan perancangan untuk menambahkan lebih banyak rantau dan ciri.
Gabungkan alat ini bersama Clip, Canvas dan Halaman Kira Detik untuk memaksimumkan jangkauan anda dan berhubung dengan peminat melalui cara baharu yang kreatif.
Sedia untuk meningkatkan keluaran anda yang seterusnya? Lawati tab Kempen dan mulakan kempen anda hari ini.