Memperkenalkan Campaign Kit: Alat Kempen Yang Dibuat untuk Muzik

December 6, 2023

Ketahui cara untuk menggunakan Campaign Kit, set alat kami yang dibuat khusus untuk menonjolkan muzik anda dan membina peminat sepanjang hayat — betul-betul di tempat penstriman berlaku.

Artis dan pasukan mereka berbual dengan kami sepanjang masa tentang maksud kejayaan kepada mereka: mencari pendengar baharu dan mengubah mereka menjadi peminat sepanjang hayat.

Walaupun penggunaan media sosial, papan iklan dan iklan luar dapat membantu anda menjangkau pendengar dengan meluas, alat ini bukan dibuat untuk muzik, dan bukan direka untuk menjangkau audiens di tempat mereka mendengar. Alat sebegitu adalah mahal dan selalunya gagal untuk menyasarkan pendengar yang tepat atau menarik perhatian mereka — termasuklah tekaan yang perlu dilakukan untuk mengukur kesan alat tersebut pada penstriman.

Inilah sebab kami melabur dalam pembinaan alat kempen yang lebih berkesan yang dibuat untuk muzik — pengusulan playlist, Discovery Mode, Marquee dan, yang terbaharu, Showcase. Setiap alat direka untuk membantu anda menjangkau pendengar yang tepat, mendorong penglibatan semasa mereka mendengar muzik, serta mengukur kesan pada penstriman dan penglibatan audiens.

Kini kami menyatukan semua alat ini di bawah satu platform yang dipanggil Campaign Kit, dengan matlamat untuk menjadikan alat ini satu-satunya kit alat yang paling berkesan untuk membantu anda mengembangkan audiens anda, tanpa mengambil kira tahap kerjaya atau kitaran keluaran anda.

Apakah itu Campaign Kit?

Sebagai platform muzik terbesar di dunia, Spotify boleh membantu artis mendapatkan peminat sepanjang hayat dengan cara yang unik. Melalui Campaign Kit, anda mempunyai alat yang anda perlukan untuk menonjolkan muzik anda – menjangkau pendengar dalam pemprograman Spotify atau apabila mereka membuat keputusan secara aktif tentang lagu seterusnya untuk distrim.

Jom ketahui lebih sikit tentang setiap alat:

  • Pengusulan playlist memudahkan anda berkongsi lagu baharu anda dengan editor yang memilih susun playlist seperti Rap Caviar, Paling Popular Hari Ini, dan Fresh Finds. Hantar muzik akan datang yang belum dikeluarkan kepada editor Spotify untuk pertimbangan playlist — 100% percuma dan tersedia untuk semua artis.

  • Discovery Mode boleh membantu meluaskan jangkauan lagu anda dalam playlist yang diperibadikan — tanpa kos pendahuluan. Pilih lagu yang menjadi keutamaan anda dan kami akan menggunakan isyarat tersebut untuk membantu anda mencari pendengar baharu yang akan menyukai lagu tersebut.

  • Marquee menarik perhatian penuh pendengar dengan cadangan ditaja berskrin penuh bagi keluaran baharu anda sebaik sahaja mereka membuka aplikasi. Apabila pendengar mengklik pada Marquee, mereka boleh menyimpan lagu atau pergi terus ke keluaran baharu anda yang membolehkan mereka fokus pada muzik anda.

  • Showcase, cadangan ditaja terbaharu kami, membolehkan anda mempromosikan muzik anda kepada pendengar berpotensi pada bila-bila masa dengan sepanduk mudah alih pada bahagian atas Laman Utama Spotify – platform sasaran berjuta pendengar apabila mereka memutuskan tentang lagu untuk didengari. Anda boleh menyerlahkan keluaran baharu dan muzik daripada katalog anda untuk apa-apa majlis, seperti jika lagu anda tular, anda menarik minat untuk jelajah, atau ulang tahun album anda akan tiba.

Cara Campaign Kit menonjolkan muzik anda

Alat dalam Campaign Kit direka untuk digunakan bersama bagi mencapai matlamat anda. Berikut ialah beberapa contoh cara artis dan pasukan mereka menggunakan Campaign Kit – bersama beberapa alat Spotify for Artist yang lain – untuk berjaya mengembangkan audiens mereka:

  • Artis R&B bebas thuy dan pasukannya menggunakan Campaign Kit untuk berbilang keluaran bagi mengembangkan pendengar aktif bulanannya sebanyak lebih daripada 300%. Mereka bermula dengan menggunakan Discovery Mode untuk mengembangkan audiensnya menjelang EP debut. Sebaik sahaja keluarannya keluar, mereka memanfaatkan momentum itu menggunakan Marquee, menyasarkan pendengar ringan dan sederhana untuk mengubah mereka menjadi peminat yang lebih setia.

    "Setelah Discovery Mode bermula, kami mula menyedari bahawa kadar penyimpanan, pendengar, penambahan playlist semakin meningkat," kata Isobel Kelly, Naib Presiden Global Head of Streaming di Venice Music dan sebahagian daripada pasukan thuy. "Kami benar-benar berhubung dengan peminat baharu, pelbagai dan berpotensi."

    Kempen ini membantu thuy mencapai peminat di 178 negara dan muzik thuy disimpan oleh 230,000 pendengar dengan penambahan playlist pengguna sebanyak 210,000. Lihat lagi di sini.

  • Magic City Hippies Miami dapat menyediakan pendengar untuk album kedua tahun 2022 mereka, Water Your Garden, dengan strategi popular Campaign Kit — mempromosikan single menjelang album dengan Marquee, kemudian menghidupkan Discovery Mode untuk lagu yang sama.

    Hasil kempen adalah jelas: Pendengar yang melihat Marquee mereka 4x ganda lebih cenderung untuk menstrim single prakeluaran. Lihat lagi di sini.

  • Apabila artis folktronica yang berpangkalan di Nashville, Conner Youngblood, menghantar lagunya, "Pizza Body", untuk pertimbangan playlist editorial, lagu itu telah ditambahkan pada playlist Mellow Morning. Penambahan ini mencetuskan pertumbuhan ketara dalam kalangan pendengar bulanannya dan pengikut di Spotify, dengan bonus tambahan: peningkatan ketara dalam jumlah peminat semasa persembahan langsungnya di seluruh dunia. Tonton siri kami, How They Made It, yang menampilkan Conner, artis hip-hop Brooklyn, Wiki, dan penyanyi rap, Chicago Dreezy, yang membincangkan kesan pengusulan muzik mereka untuk pertimbangan playlist dalam setiap kerjaya mereka.

  • Pasukan Goth Babe telah menggunakan Campaign Kit bagi kebanyakan keluaran baharu dan lagu katalognya, tahun lepas yang menggembar-gemburkan empat keluaran baharu apabila berjaya menggandingkan Marquee dengan Discovery Mode. Penggunaan Discovery Mode pada lagu katalog telah membantu Goth Babe mengembangkan saiz audiens, dan Marquee membantunya memaklumkan kepada pendengar tentang keluaran baharunya.

    Single 2019, "Weekend Friend", ialah salah satu lagu katalog yang ditambahkan pada Discovery Mode pada tahun 2022. Hasilnya, lebih banyak strim diperoleh berbanding dengan strim semasa permulaan kemuncak minggu keluaran. Bagi mengekalkan momentum itu, mereka kemudiannya mempromosikan "Weekend Friend" dengan Showcase, menyasarkan audiens aktif sebelum ini untuk melibatkan semula pendengar yang telah keluar.

Apakah ciri baharu yang akan dimasukkan ke dalam Campaign Kit?

Kami sedang membina Campaign Kit untuk menjadi cara yang paling berkesan untuk artis menjangkau pendengar dan membangunkan peminat sepanjang hayat. Dalam beberapa minggu yang akan datang, kami akan melancarkan beberapa ciri baharu yang menarik untuk membantu lebih ramai artis menjangkau lebih ramai peminat yang berpotensi pada detik muzik yang tepat:

  • Melancarkan pilihan kreatif baharu untuk Marquee dan Showcase: Artis dan pasukan mereka telah meminta lebih banyak cara daripada kami untuk menyesuaikan cadangan mereka yang ditaja, oleh itu pada tahun seterusnya kami teruja untuk memperkenalkan pilihan kreatif baharu, seperti memberi pasukan keupayaan untuk memilih warna latar belakang Marquee mereka supaya sepadan dengan karya seni keluaran mereka. Untuk Showcase, artis akan dapat memilih daripada empat tajuk tambahan tidak lama lagi — termasuk "Penemuan playlist anda" dan "Cuba sesuatu yang baharu" — yang memberi pendengar lebih banyak sebab untuk terlibat.
  • Berhubung dengan pendengar dalam Mix: Spotify Mix adalah sama seperti Spotify Radio— kedua-dua ciri ini ialah playlist beralgoritma dan diperibadikan yang dipilih oleh pendengar apabila mereka terbuka kepada penemuan berdasarkan input tertentu. Walau bagaimanapun sehingga kini, meskipun Mix mempunyai persamaan dengan playlist radio, Discovery Mode masih tidak tersedia dalam Mix. Kami akan mengemas kini ciri ini pada awal tahun 2024: Kempen Discovery Mode akan menyertakan Daily Mix mulai 3 Januari dan kami akan mengembangkan Discovery Mode kepada artis, dekad, mood dan Mix genre selepas itu. (Anda boleh mengenali Spotify Mix menerusi reka bentuk kulit khas Mix.) Untuk artis dan label yang menggunakan Discovery Mode, ini bermakna lebih banyak peluang untuk berhubung dengan pendengar apabila mereka amat terbuka kepada penemuan — sama ada artis katalog yang menjangkau pendengar dalam Mix 80-an, artis EDM yang menjangkau pendengar dalam Mix Dance/Electronic atau artis memilih lagu yang sesuai sahaja untuk memuaskan pendengar Happy Mix.
  • Mengembangkan Marquee dan Showcase kepada artis di lebih banyak negara: Pada tahun ini, kami mengembangkan Marquee ke UK, Kanada dan Australia dan memperkenalkan Showcase kepada pasukan artis yang layak di AS. Pada awal tahun akan datang, kami berasa teruja untuk mengembangkan Showcase ke pasaran tempat Marquee berlangsung dan melancarkan kedua-dua alatan kepada pasukan artis di Perancis. Nantikan berita lanjut tentang jangkauan global alatan kempen kami pada sepanjang tahun 2024 nanti.

Cara untuk bermula dengan alat Campaign Kit

Walaupun semua artis memiliki akses kepada pengusulan playlist, kami masih mengembangkan akses kepada Discovery Mode, Marquee dan Showcase. Artis dan pasukan mereka yang layak boleh menavigasi ke tab Kempen pada Spotify for Artist pada desktop untuk mula membuat kempen. (Ketahui lebih lanjut tentang kelayakan untuk setiap alat: Discovery Mode, Marquee dan Showcase.)

Pada laman web Campaign Kit baharu kami, anda akan menemukan butiran lanjut tentang cara kami boleh membantu anda dan pasukan anda mencapai matlamat anda – sama ada anda ingin mengembangkan audiens anda dengan keluaran baharu, melibatkan semula peminat dengan katalog anda, meraikan ulang tahun keluaran , membangunkan audiens baharu di seluruh dunia, dan banyak lagi. Perhatikan ruang itu dalam beberapa bulan akan datang kerana kami akan melancarkan webinar, cerapan dan lebih banyak bahan pendidikan.

Pastikan juga anda tidak ketinggalan rentak, daftaruntuk Masterclass Campaign Kit pada 24 Januari 2024. Kami akan berkongsi butiran lanjut tentang cara terbaik menggunakan kit set peralatan tersebut, termasuk cara pemasar di mTheory dan Venice Music berjaya menggandingkan alat-alat ini untuk artis mereka.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Berkaitan