Sentiasa mengemas kini biodata anda di Spotify ialah cara yang baik untuk memberikan konteks kepada peminat (dan bakal peminat) anda. Video langkah demi langkah ini juga akan menunjukkan caranya kepada anda.
Biodata yang sentiasa dikemas kini di Spotify akan membantu pendengar baharu (dan peminat sedia ada) mengetahui lebih lanjut tentang diri anda, selain muzik yang ditampilkan. Ini kaedah yang bagus untuk berkongsi maklumat yang lebih mendalam tentang diri dan keluaran terkini anda. Selain itu, anda boleh menambah pautan berguna kepada akaun media sosial dan halaman Wikipedia anda pada bahagian biodata.
Mudah sahaja untuk menambah atau mengedit biodata sama ada dalam aplikasi Spotify for Artists atau dengan melog masuk pada desktop. Tonton video di atas untuk langkah demi langkah kami yang mudah.
Bagi video cara yang lebih pantas mengenai topik seperti menukar imej artis anda, mendapatkan pengesahan, mengemas kini pilihan artis anda serta banyak lagi, klik di sini.
-Spotify for Artists