Marquee: Rancakkan Pengumuman Pada Waktu Paling Penting

March 25, 2021

Bermula pada hari ini, kami melancarkan Marquee kepada semua pasukan di A.S. melalui alat pengurusan kempen baharu dalam Spotify for Artists.

Pelancaran muzik baharu perlu benar-benar menarik perhatian. Setiap keluaran baharu merupakan peluang untuk meraikan bersama audiens anda dan didengari oleh pendengar yang boleh menjadi peminat tegar anda yang seterusnya.

Di Spotify for Artists, kami membina cara untuk membantu menjadikan keluaran baharu anda lebih berkesan: Kami menyediakan data untuk membina strategi audiens yang terbaik, alat penzahiran seperti Canvas untuk menunjukkan identiti kreatif anda, ciri seperti pengusulan playlist untuk membantu dalam penemuan. Bermula pada hari ini, kami menyediakan alat pemasaran layan diri untuk membantu anda membuat pengumuman pada waktu yang paling penting.

Dalam masa beberapa bulan akan datang, kami menyediakan Marquee kepada artis dan pasukan label di A.S. dengan menguji alat pengurusan kempen yang baharu secara beta dalam Spotify for Artists. Sejak pelancaran, Marquee menjadi alat pemasaran penting untuk mempromosikan keluaran baharu artis, maka kami ingin memudahkan lagi akses alat ini kepada lebih banyak pasukan. Dengan pengalaman layan diri yang baharu ini, pasukan A.S. akan dapat membuat kempen Marquee semudah mereka mengemas kini profil mereka.

Apakah itu Marquee?

Marquee ialah alat kempen yang membantu anda menukar pendengar menjadi peminat yang lebih setia dengan keluaran baharu anda. Marquee muncul pada skrin Utama mudah alih dalam format skrin penuh dan merupakan cadangan ditaja bagi keluaran baharu anda kepada pendengar yang sesuai: Pendengar Free dan Premium di A.S. yang menunjukkan minat terhadap muzik anda dan berpotensi untuk menjadi lebih terlibat. Pendengar yang mengklik Marquee anda akan dibawa terus kepada keluaran baharu anda agar mereka boleh menumpukan sepenuhnya pada muzik anda. Kami melihat bahawa pendengar mendapati cadangan mereka relevan — secara purata, lebih daripada 15% orang yang melihat Marquee menstrim daripada keluaran yang dipromosikan dalam tempoh dua minggu. Penstriman mereka juga tidak terhenti di situ — pendengar yang melihat Marquee adalah lebih daripada dua kali ganda (2.2x) berkemungkinan menyimpan lagu atau menambahkan lagu pada playlist peribadi mereka untuk mendengar pada masa akan datang berbanding jika mereka belum berbuat demikian.

Perihal beta

Pengalaman tempahan kempen Marquee

Pengalaman tempahan kempen Marquee

Dalam masa beberapa bulan akan datang, kami akan melancarkan tab Kempen baharu kepada pasukan dalam Spotify for Artists yang berpangkalan di A.S. Sebaik sahaja pasukan mempunyai akses kepada tab Kempen, mereka boleh menjadualkan kempen Marquee untuk mempromosikan keluaran baharu yang layak. Marquee akan tersedia kepada artis yang boleh memanfaatkan alat tersebut sepenuhnya.

Kisah kejayaan

Sejak pelancaran Marquee dalam beta, alat ini menjadi sebahagian penting strategi keluaran bagi artis dengan nama besar dan kecil — merentasi genre dan saiz audiens.

Justin Bieber

Justin Bieber dan pasukannya di Def Jam kerap menggunakan alat Marquee. Pada tahun lepas, Bieber mengeluarkan album pertamanya dalam tempoh lima tahun, iaitu kemunculan semulanya yang dinanti-nantikan, Changes. Pasukannya menggunakan Marquee untuk melibatkan semula peminatnya dan memaksimumkan detik keluaran, lantas mendorong purata sebanyak 15 strim setiap pendengar. Pasukan Bieber menggunakan alat ini sekali lagi untuk keluaran singlenya, "Anyone" pada bulan Januari 2021. Penggunaan Marquee membantu untuk mendorong 24% pendengar menyimpan single dalam pustaka mereka atau menambahkan single tersebut dalam playlist peribadi, lantas menyediakan peminat dengan berkesan untuk keluaran album studio keenamnya, Justice yang dilancarkan pada 19 Mac dengan Marquee.

Jackboy

Pasukan penyanyi rap Florida Jackboy di EMPIRE menggunakan Marquee untuk single kolaboratifnya pada tahun 2020 dengan Tyga, "Aggy" pada musim luruh lepas. Kira-kira 100,000 pendengar A.S. Jackboy dan Tyga melihat Marquee untuk "Aggy" dan setiap pendengar yang ditukar menstrim lagu tersebut tiga kali secara purata, dengan 29% daripada pendengar yang menstrim single ini menyimpan single tersebut dalam pustaka mereka atau menambahkan single dalam playlist peribadi.

beabadoobee

Penyanyi-pencipta lagu pop alternatif beabadoobee mengeluarkan album debutnya, Fake It Flowers pada musim luruh tahun 2020. Pasukan beabadoobee dalam labelnya, Dirty Hit menggunakan Marquee bagi membantu untuk mempromosikan Fake It Flowers , dengan menyasarkan pendengar yang baru-baru ini menemukan muziknya tetapi tidak semestinya mengenali beabadoobee sebagai seorang artis. Hasilnya, 40% pendengar Marquee yang menstrim album dipromosikan telah menyimpan sebuah lagu dalam pustaka mereka atau menambahkan lagu dalam playlist peribadi, dengan jumlah melebihi 100,000 penyimpanan dan penambahan dalam playlist.

Mari bermula

Jika anda berminat menggunakan Marquee untuk menyasarkan audiens di 36 pasaran, termasuk Brazil, Perancis, Jerman, Mexico, United Kingdom dan Amerika Syarikat, dan anda mempunyai keluaran baharu yang layak, anda boleh berbuat demikian melalui papan pemuka Spotify for Artists. Lihat senarai sasaran Marquee yang lengkap di sini. Jika pasukan anda berpangkalan di A.S., Kanada, Australia atau U.K. tetapi anda tidak melihat tab Kempen, tetapkan negara pengebilan anda kepada A.S., Kanada, Australia atau U.K. untuk ditambahkan pada beta.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Berkaitan