Produk

Kongsi Muzik Baharu untuk Pertimbangan Kemasukan ke Playlist

July 19, 2018

Ciri beta baharu kami memberikan cara yang mudah kepada artis, syarikat rakaman dan pasukan untuk mengusulkan muzik yang belum dikeluarkan secara terus kepada pasukan editorial kami agar mendapat pertimbangan untuk dimasukkan dalam playlist.

Di Spotify, matlamat kami adalah untuk memadankan setiap pendengar dengan muzik yang terbaik untuk mereka. Sebab itulah kami memiliki pasukan lebih daripada 100 orang editor di seluruh dunia — pakar muzik dan duta kebudayaan dengan tugas untuk menyebarkan kegembiraan penemuan muzik di mana-mana sahaja, dari Brazil hingga ke Jepun dan Turki. Kini, kami memperkenalkan ciri beta sebagai sebahagian daripada Spotify for Artists dan Spotify Analytics yang direka untuk memudahkan artis dan syarikat rakaman berkongsi muzik yang belum dikeluarkan dengan pasukan ini — agar editor kami boleh membuat playlist yang lebih baik dan artis mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dimasukkan dalam playlist.

Semua orang boleh mencuba ciri ini, sama ada anda seorang artis, syarikat rakaman, pengurus atau sebahagian daripada pasukan artis. Log masuk ke akaun Spotify for Artists anda atau jika anda bekerja di syarikat rakaman, pergi ke Spotify Analytics. Di situ, anda akan mendapat pilihan untuk memilih satu lagu yang belum dikeluarkan untuk pertimbangan kemasukan dalam playlist dan mengusulkan lagu tersebut kepada pasukan kami.

Penting untuk anda memberi kami sebanyak mungkin maklumat tentang lagu itu, sama ada genre, mood dan butiran data lain yang akan membantu kami membuat keputusan tentang playlist yang sesuai. Anda boleh memberitahu instrumen yang digunakan dalam lagu, sama ada nyanyian semula dan budaya anda atau budaya lagu tersebut. Data yang anda kongsi akan dilengkapi dengan perkara yang kami tahu tentang anda — muzik yang didengari peminat anda, playlist lain yang menampilkan anda, dll.

Editor akan mencari melalui usul berdasarkan maklumat yang anda kongsi bagi mencari muzik yang belum dikeluarkan untuk dipertimbangkan dalam playlist mereka. Lagu dan semua maklumat yang anda tambah tentang lagu tersebut juga akan memberi impak pada cadangan diperibadikan kami. Misalnya, selagi anda menandai dan mengusulkan lagu anda tujuh hari lebih awal, maka lagu anda akan dipilih secara automatik untuk muncul dalam setiap playlist Release Radar pengikut anda. Dengan cara ini, anda dapat mengawal single yang akan anda promosikan kepada peminat anda.

Kami ingin menjelaskan sesuatu: tiada siapa boleh membayar untuk ditambah masuk dalam playlist editorial Spotify. Editor kami memilih lagu dengan memikirkan tentang pendengar. Mereka membuat keputusan menggunakan data tentang muzik yang paling dekat dengan hati komuniti pendengar mereka.

Beta bermakna ini merupakan langkah pertama. Dengan lebih daripada 75,000 orang artis yang ditampilkan pada playlist editorial setiap minggu dan 150,000 lagi pada Discover Weekly, kami tahu betapa pentingnya untuk melaksanakan ini dengan baik. Kami akan terus mengembangkan ciri ini berdasarkan maklum balas anda, agar artis, syarikat rakaman, pengurus dan rakan kongsi boleh membantu kami menghasilkan playlist yang lebih baik untuk pendengar Spotify.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Popular