SPOTIFY FOR ARTISTS MARKETING AWARDSPemasaran muzik terunggulMengiktiraf tonggak utama di sebalik strategi keluaran baharu terunggul pada tahun ini. Pemenang akan diumumkan mulai 12 Disember.
KEMPEN YANG MENONJOL
Meraikan pasukan yang meningkatkan pemasaran muzikAnugerah Pemasaran Spotify for Artists mengiktiraf keluaran terunggul pada tahun ini serta pasukan di sebalik tabir dan strategi yang menjayakan keluaran itu.

Anugerah ini menyerlahkan lima dimensi kejayaan keluaran baharu — serta alat Spotify for Artists yang membolehkan kejayaan tersebut dicapai. Tujuan anugerah ini adalah untuk meraikan pemasar yang meningkatkan artis masing-masing melalui strategi mereka.
Temui Pemenang Anugerah tahun 2024Setiap tahun, artis dan pasukan berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan muzik baharu agar dapat menonjolkan diri dan membina kumpulan peminat yang berkekalan.

Klik untuk meneroka keluaran dan pasukan yang menggunakan alat Spotify for Artists untuk menonjolkan diri pada tahun 2024.
Pemenang: Strategi Prakeluaran TerunggulPemenang anugerah ini ialah pasukan di sebalik Pink Aura oleh Kenia OS atas penggunaan Halaman Kira Detik mereka yang menonjol.

Halaman Kira Detik Pink Aura mendorong peratusan tertinggi pendengar bulanan untuk prasimpan, yang mengatasi mana-mana Halaman Kira Detik lain yang dilancarkan pada tahun 2024.
Pemenang: Penceritaan Keluaran Baharu TerunggulPemenang anugerah ini ialah pasukan di sebalik This is How Tomorrow Moves oleh beabadoobee atas penggunaan Clip mereka yang menonjol.

This is How Tomorrow Moves melihat penglibatan tertinggi Clip dalam kalangan album tahun 2024.
Pemenang: Keluaran Dipromosikan TerunggulPemenang anugerah ini ialah pasukan di sebalik Charm oleh Clairo atas penggunaan Marquee dan Showcase mereka yang menonjol.

Kempen Marquee dan Showcase Charm mendorong kadar niat yang paling tinggi dalam kalangan kempen keluaran baharu yang dijalankan pada tahun 2024.
Pemenang: Kejayaan Pengusulan Playlist TerunggulPemenang anugerah ini ialah pasukan di sebalik Tired Boy oleh Sunday (1994) atas penggunaan pengusulan playlist mereka yang menonjol.

Antara semua artis yang dimasukkan pada playlist dalam Fresh Finds pada tahun 2024, Sunday (1994) telah mencapai pertumbuhan tertinggi dari segi bilangan pendengar selepas Tired Boy ditampilkan.
Pemenang: Strategi Pemasaran Bersepadu TerunggulPemenang anugerah ini ialah pasukan di sebalik The Secret of Us oleh Gracie Abrams atas penggunaan gabungan alat Spotify for Artists yang menonjol.

Antara album tahun 2024 yang mempunyai penggunaan alat S4A menyeluruh yang serupa, strategi di sebalik The Secret of Us mendorong pertumbuhan tertinggi dari segi pendengar bulanan artis.
1 / 6
Standout New Release Storytelling
Standout Playlist Pitching Success
Standout Integrated Marketing Strategy
Standout Promoted Release
Standout Pre-Release Strategy
1 / 5
TERBAIK DALAM KELAS
Strategi Pemenang, Terus Daripada PemenangDengarlah sepatah dua kata daripada pemenang anugerah tahun 2024 sambil mereka berkongsi idea dan strategi kreatif yang merealisasikan keluaran mereka — serta mungkin memberikan inspirasi untuk strategi pemasaran besar anda yang seterusnya. Dengarlah cerita kejayaan daripada:
  • Karina Almaguer — Pengurus Kanan Akaun Perniagaan Digital, Sony Music México
  • Perdi Higgs — Ketua Penstriman, Dirty Hit
  • Rotem Azariya — Pengarah Pemasaran Komersial, Virgin Music
  • Chris Nenadich — Pengurus Artis, Ignition Management
  • Ray Kurzeka — Ketua Penstriman, Geffen Records
  • Mentakrifkan semula kejayaan dalam pemasaran muzik

    Berasaskan Data

    Dianugerahkan atas impak yang tidak dapat dinafikan.

    Tumpuan Pemasar

    Menyerlahkan pasukan di sebalik artis.

    Dikuasakan oleh Spotify

    Mengiktiraf pasukan yang memaksimumkan alat Spotify for Artists.

    MENUKARKAN KETERUJAAN MENJADI TINDAKAN
    Strategi Prakeluaran TerunggulPembinaan keterujaan prakeluaran bukanlah suatu proses yang mudah. Anugerah ini meraikan keluaran yang menggunakan Halaman Kira Detik dengan berkesan untuk mewujudkan keterujaan sebenar dan menukarkan keterujaan itu menjadi prasimpan yang menonjol.

    Kami mengiktiraf pasukan yang mencapai pembinaan keterujaan terunggul serta destinasi prakeluaran yang tidak dapat diabaikan oleh peminat.
    KREATIVITI YANG MENJALIN HUBUNGAN
    Penceritaan Keluaran Baharu TerunggulDalam dunia yang penuh dengan kandungan visual, kreativiti itu sendiri tidak mencukupi untuk menonjolkan kandungan – hubungan sebenar juga penting. Anugerah ini meraikan keluaran yang berjaya menggunakan Clip untuk mendorong penglibatan audiens yang unggul.

    Kami meraikan pasukan yang menggabungkan video menarik dengan penceritaan yang ikhlas untuk mewujudkan pengalaman album yang berjaya menarik minat peminat.
    MENUKAR PERHATIAN MENJADI NIAT
    Keluaran Dipromosikan TerunggulDengan begitu banyak pilihan mendengar, penemuan audiens yang sesuai pada waktu yang sesuai adalah penting. Anugerah ini meraikan keluaran yang menggunakan Showcase dan Marquee secara strategik untuk mendorong penglibatan pendengar yang menonjol.

    Kami mengiktiraf pasukan yang menggabungkan penyasaran pintar dengan promosi yang terancang untuk memanfaatkan perhatian peminat yang berharga dan menukarkan perhatian menjadi kumpulan peminat yang lebih mendalam dan berkekalan.
    FRESH FINDS KEPADA PERTUMBUHAN PEMINAT
    Kejayaan Pengusulan Playlist TerunggulBerbilion-bilion penemuan muzik berlaku pada playlist dan penyertaan dalam playlist boleh meninggalkan kesan sebenar untuk artis. Anugerah ini meraikan keluaran yang menggunakan Pengusulan Playlist dengan berkesan untuk menyertai Fresh Finds dan mencapai pertumbuhan minggu pertama yang menonjol.

    Kami mengiktiraf pasukan yang mendedahkan lagu mereka kepada kumpulan peminat baharu melalui pengusulan mereka yang unggul.
    MEMAKSIMUMKAN DETIK KELUARAN
    Strategi Pemasaran Bersepadu TerunggulPencapaian pertumbuhan pendengar secara mendadak memerlukan visi, ritma dan pemasaan. Anugerah ini mengiktirafkan keluaran yang memanfaatkan gabungan alat Spotify for Artists secara holistik untuk mempromosikan dan mengukur kejayaan muzik baharu, yang mewujudkan momentum yang menonjol.

    Kami mengiktiraf pasukan yang menggunakan perancangan strategik, penjujukan pintar dan penglibatan kreatif untuk menarik minat audiens pada setiap peringkat kitaran keluaran.