6 Helah Konsert Menjelajah Terbaik Andrew Bird untuk Teguh Walaupun Menghadapi Kesukaran
Ahli muzik veteran ini menerangkan cara dia menguasai konsert menjelajah tanpa menjejaskan minda dan kesihatan beliau atau cinta beliau terhadap muzik sepanjang perjalanan ini.
Jika anda menggabungkan setiap hari Andrew Bird mengadakan konsert, barangkali penyanyi/pencipta lagu indie ini telah menghabiskan masa bertahun-tahun dalam perjalanan. Sensei konsert ini telah menangguhkan sebentar — sudah tentunya — siri konsert beliau yang menyokong album baharu Inside Problems, untuk berkongsi cara praktikal beliau mengatasi aspek konsert menjelajah yang menjerihkan dan kurang glamor, tanpa patah semangat.
"Bahagian muzik yang paling saya gemari ialah memainkan muzik secara langsung," kata beliau. "Itu cara sara hidup yang luar biasa, anda cuma perlu berusaha sedikit supaya tidak patah semangat."
1. Jaga Kegiatan Sendiri
Konsert menjelajah itu "lebih membebankan tubuh dan minda anda daripada sangkaan. Konsert menjelajah mungkin kelihatan seperti terdapat banyak masa lapang dan masa bersembang, tetapi hal ini tetap satu pekerjaan. Pendek kata, anda boleh lesu dengan cepat jika anda berpesta terlalu keras. Cuba tidur sebanyak yang boleh."
"Saya masih mengadakan hingga lima pertunjukan berturut-turut tanpa berehat... Terdapat tekanan pada suara dan jari anda daripada bermain muzik," kata beliau. "Seolah-olah anda atlet yang menghabiskan kelenjar adrenal [anda]." Namun begitu, jangan "berasa terlalu kecewa. Ini cuma fisiologi semata-mata," kata beliau. "Saya berusaha sedaya upaya untuk berehat dan bersenam."
2. Cari Perkara Yang Buat Anda Bertenang
"Bagus sebenarnya jika anda ada rutin. Saya sendiri suka berpakaian [khususnya] untuk pertunjukan. Waktu saya bersalin daripada pakaian seharian saya kepada pakaian pertunjukan saya itu detik yang agak penuh istiadat," kata beliau, menerangkan bahawa perkara ini membantu beliau mencapai penetapan minda untuk pertunjukan dan bukan semata-mata "tentang penampilan diri atau imej diri anda."
3. Bersatu Dalam Pancaragam
"Saya telah menggunakan beberapa van boleh tukar semasa saya berumur dua puluhan, serta menempah konsert menjelajah dan kelab serantau saya sendiri. Hal ini seolah-olah menjadi tuan rumah pesta yang tidak berakhir dan itu tidak semestinya perkara yang baik," kata Bird. "Jika terdapat persahabatan dengan pancaragam anda, hal ini membantu anda berasa bahawa anda tidak bertanggungjawab atas segala-galanya dan memainkan semua peranan kerana keadaan sebegitu memang sukar."
4. Pastikan Anda Mendapatkan Bantuan
"Semasa saya beralih daripada van boleh tukar tersebut dan menempah konsert [saya] sendiri kepada orang yang tiba-tiba datang membeli tiket, saya segan mendapatkan bantuan dan benar-benar keletihan kerana cuba menggunakan pendekatan DIY bagi mengurangkan kos dan menjimatkan wang... Beberapa tahun peralihan tersebut berlangsung, saya hampir tenat di hospital kerana cuba melakukan segala-galanya."
5. Tentukan Masa Pemakanan Anda
"Anda pasti tidak sangka gaya hidup rock 'n' roll itu sebenarnya gaya hidup atlet, namun untuk menjalani konsert menjelajah selama dua atau tiga bulan, semua benda yang anda makan --- gula, kafein, alkohol atau apa-apa sahaja --- anda perlu pertimbangkan masa pemakanan tersebut."
"Memang sukar untuk memikirkan perkara itu semasa berumur 19 atau 20, itu memang bukan kecenderungan anda," kata beliau, tetapi tindakan menjaga makan minum memanfaatkan kita tidak kira umur kita. "Anda tidak mahu minum tiga cawan kopi pada pukul 9 pagi jika anda ada pertunjukan pada pukul 10 malam kerana anda akan mengalami sindrom sarak beberapa kali sebelum pertunjukan... Perkara ini disokong oleh dapatan sains."
6. Keluar
"Saya suka membawa basikal semasa konsert menjelajah," kata Bird, tetapi bukan untuk bersenam semata-mata. Hal ini juga membantu "supaya anda tidak sentiasa melihat betul-betul di depan anda sahaja, yang mungkin berlaku semasa konsert menjelajah dengan penglihatan terowong. Apabila anda melakukan benda yang sama setiap hari selama berbulan-bulan, akan terdapat kesan psikologi yang tidak baik. Saya amat mengesyorkan perkara yang memberi anda perspektif, seperti keluar berbasikal dan berjalan-jalan."
Jika anda "hanya berada di ruang tunggu giliran demi ruang tunggu giliran" berhati-hati kerana anda akan berasa seolah-olah "tinggal di dalam gua."
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.