Barang dagangan Alchemy mehro: ‘Menjadikan Sesuatu Cantik’

Bianca Gracie / November 14, 2022

Dalam episod terkini siri “How They Made It” kami, penyanyi-pencipta lagu mehro berkongsi cara beliau mendalamkan hubungannya dengan peminat muzik introspektif mehro melalui barang dagangan eksklusif yang direka bentuk secara peribadi di Spotify.

Muzik mehro ialah cerminan dirinya, membimbing peminat melalui fikirannya yang terdalam. Vokal penyanyi-pencipta lagu yang berpangkalan di Los Angeles itu menyalurkan lagu pop-rocker alternatif tahun 90-an dengan lirik yang berbunyi seperti entri jurnal. Sejak keluaran EP sulungnya pada tahun 2021, Sky On Fire, keterkaitannya telah menarik hampir tiga juta pendengar Spotify setiap bulan.

Apabila kumpulan peminatnya terus berkembang, mehro memupuk jalinan peribadinya dengan pendengar-pendengar tersebut. Sejak mengeluarkan projeknya, Dark Corners dan Alchemy, pada awal tahun ini, dia meningkatkan ikatan itu dengan barang dagangan. Sebagai satu pasukan, dia dan pengurus harian Alex Forsyth telah mereka bentuk semua barang dagangan mehro bersama-sama. Namun, mereka tidak memilih pakaian biasa atau pakej, sebaliknya mereka memilih item yang bermakna dengan penyampaian mesej unik. Niat itu bertukar menjadi kalung Dark Corners dan Alchemy.

"Kalung yang saya miliki mempunyai kepentingan peribadi yang sangat mendalam dalam hidup saya, jadi saya suka kami membuat sesuatu yang berpotensi memberikan perasaan yang sama kepada orang lain," mehro menerangkan dalam episod baharu siri How They Made It kami. "Pembuatan barang dagangan adalah penting kerana ini merupakan satu cara lain untuk berhubung dengan pendengar. Apabila [anda] membeli barang dagangan, anda membeli sebuah kenangan."

Muzik pemuda yang berusia 22 tahun itu sangat berfalsafah, dengan Dark Corners dan Alchemy "meneroka pelbagai cara kedua-dua sisi manusia boleh diungkapkan," jelasnya. Tema itu ditunjukkan dalam simbol gabungan yang mentakrifkan kalung yang diambil daripada karya seni kedua-dua keluaran.

"Dark Corners adalah tentang menerima perasaan sedih itu. Ada kalanya sangat penting untuk kita rasa kesunyian dan bergelumang dalam kesedihan itu. Kesakitan ini, kesedihan ini. Anda cuba untuk melangkau perasaan itu tetapi perasaan itu akan hidup dalam diri anda dan keluar dengan cara lain," kata mehro. "Anda perlu memproses perasaan ini. Jadi, Alchemy adalah tentang mengeluarkan diri anda daripada kebiasaan itu. Mengambil sebuah situasi yang sangat teruk dan mencari suatu keindahan daripada situasi itu. Walaupun anda telah melupakan sesuatu perkara, anda masih mempunyai kenangan tentang perkara itu."

mehro termenung, berhati-hati memilih kata-katanya apabila bercakap. Tindakan ini dipaparkan dalam kedua-dua muziknya dan proses telitinya membuat barang dagangan. "Saya seorang pemuzik dan pencipta lagu. Tindakan menulis dan membuat merupakan proses yang sangat menyembuhkan bagi saya. Kepercayaan kepada orang dalam proses adalah sangat penting dan itulah yang kami lakukan dengan pengeluar [kalung]. Semasa mereka membuat kerja logam, mereka berpendapat bahawa lebih baik jika kalung ialah loket sepanjang satu inci. Kami tidak akan dapat melihat simbol itu dengan jelas jika loket terlalu kecil."

Dengan semua usaha yang dilakukan oleh mehro dan perekanya, dia ingin memastikan kualiti tinggi itu seimbang dengan harga yang berpatutan untuk peminatnya. "Saya bukan berada dalam [industri ini] untuk kejayaan kewangan yang singkat," sambungnya. "Apabila kalung itu sedia untuk dijual, kalung itu akan dijual secara eksklusif di Spotify. Di situlah peminat boleh mendengar muzik. Dan jika mereka begitu cenderung, mereka ada sesuatu untuk disimpan bersama mereka."

Memandangkan Spotify menempatkan ekosistem barang dagangan yang semakin berkembang yang memaparkan item yang dipilih susun oleh artis betul-betul di tempat yang orang mendengar, platform kami memastikan bahawa kalung eksklusif mehro akan sampai ke tangan peminatnya yang paling berdedikasi. Kalung itu akan ditampilkan pada profil artisnya dan akan ditambahkan pada halaman album untuk Dark Corners dan Alchemy.

Dengan perancangan yang terjamin untuk peminatnya, mehro bekerja keras untuk memastikan barang dagangannya mencerminkan keseniannya, iaitu intim dan menarik. "Terdapat pemuzik dan artis yang sangat mempengaruhi budaya, bukan sahaja dengan muzik mereka tetapi logo, rupa, fon atau nama juga," katanya. "Barang dagangan mempunyai keupayaan untuk memberikan kesan yang mendalam."

Ketahui lebih lanjut tentang barang dagangan di Spotify dan baca panduan "Bermula" kami.

Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.

Kongsi cerita ini
Cerita Berkaitan