Dan Wilson dari Semisonic berkenaan Inspirasi yang Tidak Dijangka dan Benar-benar Mendengar
Daripada “Closing Time” sehingga mencipta lagu bersama Adele dan Carole King, Wilson menerangkan strategi kecil yang diperoleh untuk menukar rintangan pencipta lagu menjadi lagu yang hebat.
Dan Wilson berperanan sebagai pencipta lagu untuk pencipta lagu handal selama berpuluh-puluh tahun. Sama ada sebagai artis solo, sebagai rakan pencipta lagu untuk Adele, Taylor Swift dan John Legend atau sebagai sebahagian daripada kumpulan rock alternatif seperti Semisonic dan Trip Shakespeare, Wilson mempunyai pendekatan serba boleh yang hebat terhadap muzik.
Ditemu bual untuk siri Songwriter Saturdays kami oleh Alyssa Cotsalas sebelum penerbitan lagu baharu beliau, "Dancing On The Moon," Wilson membuktikan bahawa tidak kira jumlah pengalaman anda, artis dan pencipta lagu perlu sentiasa menerima perkara yang tidak dijangka dan meluangkan masa untuk benar-benar mendengar. Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa pengetahuan teratas beliau.
Cuba Perkara Baharu Pada kali pertama beliau bekerjasama dengan Adele, "dia telah menunjukkan dua idea, salah satu idea tersebut kemudiannya menjadi '[Rumor Has It](https://open.spotify.com/track/2A73XBDBQgmdXO8VsXPWIs?si=dfba9309d4e24611).' Satu lagi idea pula ialah permulaan '[Someone Like You](https://open.spotify.com/track/1zwMYTA5nlNjZxYrvBB2pV?si=157fc3fe19694691).'...Kami bermula dengan tiga atau empat baris pertama yang jelas sekali menghasilkan lagu yang indah. Dan dia memainkan sesuatu seperti riff piano pada bes," kata Wilson. "Jadi kami cuba menggubal mengikut bes tersebut, kemudian dia tukar kepada gitar dan melakukan perkara yang serupa pada gitar."
Seterusnya, "dia kata, 'Apa kata anda cuba mainkan sesuatu pada piano? Mungkin itu lebih menginspirasikan.'..Apabila Adele menyanyi dan saya bermain piano, segala-galanya lancar."
Hilang Hala Tuju Sendiri, Temukan Hala Tuju Sendiri
"Pertemuan beberapa tahun yang lalu dengan Liam Gallagher yang sangat saya kagumi amat menginspirasikan," kata Wilson. "Kami berbincang bersama tentang penciptaan beberapa buah lagu untuk salah satu rakamannya dan saya agak teruja tentang perkara ini. Saya menghasilkan lima idea, kemudian merakam demo ringkas dan menghantar demo tersebut kepadanya melalui e-mel sepanjang dua minggu yang kemudian. Lagu tersebut tidak dipilih untuk rakaman Gallagher, tetapi ini membuat Wilson menyedari satu perkara. "Saya menyedari bahawa idea saya lebih kedengaran seperti lagu Semisonic berbanding dengan mana-mana penggubalan lain yang pernah saya cipta selama beberapa tahun kebelakangan ini... Senang kata, saya telah menyedari bahawa formula penciptaan lagu untuk Semisonic ialah saya membayangkan diri saya sebagai Liam."
Inspirasi untuk Lagu Popular Terhasil Daripada Tempat yang Tidak Dijangka
"Apabila mencipta 'Closing Time', saya tengah menjelajah," kata Wilson berhubungan lagu Semisonic yang paling popular. "Saya tidak ke teater atau arena atau tempat sebegitu. Sebaliknya, saya cuma ke tempat kecil dengan pelayan bar yang selalu di sana serta panggilan peluang terakhir yang pasti berlaku...saya rasa peminat saya ialah kakitangan, kami semua bekerja di bar. [Jadi] saya telah membayangkan yang saya gembira kerana pelayan bar dan pengawal di seluruh negara menggunakan lagu ini pada lewat malam. Dan, walaupun pelik, saya sangka lagu ini pasti popular dalam kalangan kakitangan bar. Mereka ini juga yang lebih mengikuti trend muzik berbanding dengan orang lain, bukan? Saya suka akan idea yang saya akan menyisipkan kumpulan saya ke dalam playlist [yang dibuat oleh] kakitangan bar. Saya tidak sangka yang orang biasa akan begitu menyukai lagu ini. Saya cuma anggap lagu ini sebagai hadiah kepada peminat saya."
Belajar untuk Kerjasama Impian Anda
Apabila Wilson dapat peluang untuk bekerjasama dengan legenda penyanyi-pencipta lagu Carole King, agaknya dia tahu saya gementar," kata Wilson. "Saya begitu terpegun.. Saya rasa mungkin penghormatan saya terhadap King menyebabkan saya kehilangan hala tuju tentang perkara yang kami cuba lakukan. Kami cuma cuba mencipta lagu yang hebat."
Apabila pengetahuan Wilson tentang lagu King dimanfaatkan, ini telah memudahkan proses.
"Saya tahu perkara tertentu tentangnya," kata Wilson. "Saya tahu begitu banyak perkara berhubungan butiran idea muziknya. Jadi pada satu waktu, saya memainkan gerak kord yang persis Carole King... Dia ketawa dan dia tahu perkara yang saya lakukan [jadi] kami akhirnya menggunakan gerak kord itu kerana memang sesuai digunakan dalam lagu."
Benar-benar Mendengar Bukannya Menunggu untuk Bercakap
Anak perempuan Wilson, Coco, "menghabiskan 11 bulan dalam rawatan rapi dan sakit untuk masa yang lama," kata Wilson. "Pendengarannya kurang elok dan dia sukar memproses perbualan verbal. Dia faham perkara yang kami katakan, tetapi sukar untuk dia menjawab... Saya kemudian membiasakan diri supaya tidak menawarkan pilihan. Semua orang berbuat begitu, mereka mula menawarkan perkara yang mungkin anda mahu katakan. Jika anda gagap atau anda kelihatan kecewa, mereka mula bertanya, 'Awak lapar? Awak mengantuk? Awak gementar? Adakah awak mahu keluar? Awak marah? Awak teruja?' Mereka mula menawarkan pelbagai pilihan dan menghalang orang daripada bercakap. Jadi [terdapat] orang dalam kehidupan saya yang memerlukan jenis pendengaran yang luar biasa [dan] itu kemudiannya menjadikan saya seseorang yang boleh menunggu lama sementara seseorang cuba merumuskan pemikiran mereka."
Untuk Wilson, usaha memupuk kesabaran ini amat membantu beliau dalam studio. "Perkara ini membantu kerana saya tidak rasa tekanan untuk memandu proses dan saya tidak rasa tidak selesa jika tiada perkembangan," kata Wilson. "Atau jika seseorang itu cuma berhenti untuk masa yang lama dan cuba merumuskan fikirannya. Saya hanya tunggu. Saya rasa perkara itulah yang mengubah saya sebagai rakan kerjasama."
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.