Semakan Tahunan Spotify for Artists 2022
Semua cara yang kami memperkasakan, memberikan inspirasi dan meraikan artis sepanjang 12 bulan yang lalu.
Apakah yang baharu di Spotify for Artists pada tahun 2022? Hm... banyak. Memulakan lembaran baharu setelah industri muzik menangani wabak selama dua tahun lebih bermaksud memikirkan semula cara kita menyokong artis. Jadi, kami melancarkan inisiatif dan alatan baharu serta menemui cara yang baharu untuk berhubung antara satu sama lain -- semuanya sambil meraikan kejayaan hebat yang telah anda capai sepanjang perjalanan. Pendek kata, beginilah cara semuanya terjadi.
Penggalak hasil
Pada awal tahun ini, kami mengeluarkan episod Masterclassbaharu yang menyerlahkan semua cara untuk menjana wang di Spotify. Ketua Spotify for Artists, Camille Hearst, berkongsi fokus baharu kami pada pengewangan artis dan membina aliran hasil baharu untuk artis selain royalti. Beberapa pelancaran yang menyokong fokus itu telah dijalankan.
Memandangkan acara langsung akhirnya kembali seperti waktu sebelum wabak berlaku, kami terus mempromosikan persembahan dengan Suapan Acara Langsung yang dibaharui -- strim cadangan acara langsung yang diperibadikan untuk pendengar Spotify berdasarkan tingkah laku pendengaran dan lokasi mereka. Destinasi dalam aplikasi membantu peminat menemui rancangan tempatan dengan bantuan rakan kongsi tiket kami.
Kami juga teruja untuk membantu artis berhubung dengan peminat terbesar mereka secara maya di Spotify, meneroka audio langsung menggunakan aplikasi Spotify Live kami. Satu pengalaman baharu yang sedang diuji ialah bilik audio langsung eksklusif yang dihoskan oleh artis dengan peminat popular Spotify mereka. Dalam ruang intim ini, artis boleh meraikan detik muzik yang istimewa seperti keluaran baharu dan memperoleh hasil dengan menjual barang dagangan, mempromosikan tiket konsert dan menerima tip dan sumbangan melalui Sokongan Peminat-- semuanya di dalam bilik ini.
Bercakap tentang Sokongan Peminat, kami menjenamakan semula dan mengembangkan alat (dikenali sebagai Pilihan Pengumpulan Dana Artis sebelum ini) dan menyediakan alat tersebut untuk mengumpulkan sokongan pada saat-saat penting seperti cetusan peperangan di Ukraine dan yang terkini iaitu Giving Tuesday.
Dengan artis berhubung dengan peminat, mengeluarkan muzik baharu dan kembali ke pentas, barang dagangan menjadi lebih penting berbanding sebelum ini. Oleh itu, kami bekerjasama dengan MerchFriends untuk menganjurkan penampilan sulung Band Shirt Day, memulakan sambutan tahunan yang didedikasikan untuk menjual barang dagangan dan mengumpul dana untuk tujuan melalui Sokongan Peminat. Untuk memudahkan penjualan, kami mencipta tempat di halaman keluaran Spotify yang direka khas untuk mempamerkan barang dagangan dan membantu dalam melancarkan Pelan Pemula Shopify yang mesra belanjawan, menawarkan artis segala-galanya yang mereka perlukan untuk menjual barang dagangan di Spotify hanya dengan $5/bulan. Semua perkara yang anda perlu tahu tentang membina perniagaan dagangan di Spotify kini boleh didapati pada hab barang dagangan kami.
Kami mengikuti penyanyi/pencipta lagu mehro dalam perjalanan barang dagangannya mengambil reka bentuk unik dan menukarkan reka bentuk itu menjadi tanda kenangan peminat eksklusif di Spotify. "Apabila anda menghadiri persembahan dan membeli barang dagangan, anda membeli kenangan," kata artis pop alternatif itu. Kenangan itu menjadi pelengkap yang nyata untuk mengukuhkan ikatan antara artis dengan peminat.
Buktinya ada dalam promo
Kuasa terbesar Marquee ialah keupayaan untuk membuat pengenalan pada waktu -- dan tempat -- yang paling sesuai. Kami memperluas penyasaran alat tersebut di luar AS kepada sejumlah 37 pasaran, memberi artis dan pasukan label peluang untuk mempromosikan keluaran baharu yang layak kepada pendengar terus daripada Spotify for Artists. Kami juga memberikan peluang kepada artis dan pasukan label di Amerika Latin untuk membeli Marqueemelalui pasukan jualan kami. Kami juga menurunkan bilangan strim yang diperlukan oleh artis untuk berkelayakan serta belanjawan minimum untuk kempen melalui pengalaman pembelian Spotify for Artists. Menjelang hujung tahun, kajian baharu yang mendalam menggariskan keberkesanan Marquee. Kajian menunjukkan bahawa, apabila mempromosikan muzik, alat cadangan dalam aplikasi kami menyampaikan 10x lebih ramai pendengar Spotify secara purata untuk setiap dolar yang dibelanjakan bagi iklan sosial yang serupa.
Marquee juga ternyata menjadi pelengkap yang baik kepada Discovery Mode yang masih pada peringkat ujian tertutup. Berikutan kajian kes keluaran kedua Magic City Hippies yang berpangkalan di Miami, Water Your Garden, kami telah melihat cara Discovery Mode berfungsi dengan Marquee dan Canvas untuk meningkatkan kesedaran. Penggunaan alat pemasaran Spotify for Artists oleh kumpulan ini membuatkan pendengar empat kali lebih berkemungkinan untuk menstrim single prakeluaran dan audiens band ini meningkat tiga kali ganda dalam Radio dan Autoplay sebelum pelancaran album.
Pada tahun ini, kami turut melancarkan Made to be Found, satu panduan laman web untuk artis meneroka cara peminat mencari -- dan jatuh cinta dengan -- muzik di Spotify. Laman web ini memperincikan cara muzik bermula daripada pengagihan dan pengusulan playlist kepada tiga laluan utama untuk menjangkau pendengar: penyusunan editorial oleh Spotify, cadangan algoritma yang diperibadikan dan penstriman yang diterajui peminat seperti menambahkan lagu pada playlist peribadi.
Mari dengarkan untuk peminat
Hadapi kebenaran ini: peminat bukan sekadar menjadikan muzik menyeronokkan, mereka juga merupakan asas kepada kerjaya setiap artis. Jadi, mencari cara baharu untuk artis berhubung dengan kedua-dua pengikut setia dan pendengar baharu merupakan matlamat utama kami. Kami melancarkan dua edisi baharu Fan Study --- kini tersedia dalam tujuh bahasa! --- meneroka data baharu tentang kepentingan katalog artis dan cara muzik bergerak di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada edisi Fan Study yang pertama, kami bekerjasama dengan Netflix untuk menganalisis cara lagu ditampilkan pada skrin memberikan kesan kepada interaksi pendengar (kami mendapati peningkatan dalam pendengar kali pertama daripada 50% hingga 6000%, ditambah purata kenaikan sebanyak 109% dalam strim katalog artis yang lain). Dalam Edisi Global kami, kami menganalisis cara artis di seluruh dunia terus mengatasi halangan, merentasi sempadan dan menjangkau lebih ramai peminat berbanding sebelum ini. Kami juga mendapati bahawa 66% daripada penemuan artis baharu berlaku di luar negara asal artis. Apabila pendengar baharu menemui anda, mereka akan sangat terlibat dengan muzik anda.
Kami mengakhiri tahun ini dengan peluang video artis dengan peminat dalam pengalaman Diimbas Kembali kami: Pendengar popular berpeluang untuk melihat ucapan tahniah selama 30 saat terus daripada artis kegemaran mereka, yang memberitahu mereka kekuatan sokongan mereka telah memberikan kesan kepada perjalanan pemuzik tersebut pada tahun 2022.
Pelajar seumur hidup
Kadangkala guru yang terbaik ialah seseorang yang betul-betul mengetahui latar belakang anda, dan cabaran yang mungkin anda hadapi semasa membuat muzik --- serta menceburi kerjaya dalam bidang ini --- kerana mereka pernah menghadapi situasi dan melakukan perkara yang sama. Dengan podcast Best Advice kami, kami memilih bintang muzik seperti Big Freedia, BANKS, Troye Sivan dan Prince Royce untuk berkongsi kebijaksanaan yang berguna, mengejutkan dan memberikan inspirasi yang diperoleh daripada mentor mereka dan berdasarkan pengalaman mereka sendiri untuk artis yang kian popular yang menavigasi industri.
Sementara itu, siri temu bual bulanan kami #SongwriterSaturday terus mendedahkan perkara yang diperlukan untuk menjadi pencipta lagu, dengan cerapan dan anekdot daripada semua orang yang terbaik dalam perniagaan --- daripada Nova Wav kepada Dan Wilson kepada Justin Tranter kepada MNEK. Siri video How They Made It kami yang berterusan membantu artis untuk melihat rakan pemuzik mereka dengan pandangan baharu. Dari segi perniagaan, pemain utama dari setiap sudut industri memberikan petua terbaik mereka melalui podcast Co.Lab Sessions dan acara kami sementara Noteable Studios kami membuka semula peluang untuk masa rakaman percuma empat -- bakal menjadi lima tidak lama lagi -- bandar di Amerika Utara dan Eropah.
Dengan begitu banyak laluan yang perlu diambil dalam kerjaya anda, kadangkala perkara yang sukar untuk dilakukan ialah mengetahui tempat permulaan. Itulah sebabnya kami melancarkan Tumpuan Utama yang berfungsi sebagai pengurus artis secara maya, memberikan panduan untuk membantu anda mencapai setiap matlamat kerjaya anda. Dengan lima kategori kerjaya (Buat, Promosi, Hubung, Peroleh dan Belajar) dan 21 bidang tumpuan, anda berupaya untuk mengasah matlamat tertentu dan mendedahkan alat, sumber dan cadangan utama yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu.
Sudah tentu, pembelajaran dan pertumbuhan tidak berhenti di sini sahaja. Jumpa anda pada tahun 2023!
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.