Daripada Audio kepada Tindakan: Video Muzik Anda Akan Datang ke Spotify, Kini di 97 Pasaran
Muzik bukan sekadar bunyi – muzik melibatkan penceritaan dan jalinan hubungan yang lebih erat dengan peminat anda. Itulah sebabnya kami teruja apabila video muzik kini dilancarkan dalam versi beta kepada berjuta-juta pendengar Spotify Premium di 97 pasaran.
Video muzik belum lagi tersedia untuk pendengar Spotify di Amerika Syarikat atau Kanada. Lihat senarai penuh pasaran yang tersedia di sini.
Video muzik telah lama menjadi salah satu cara yang paling berkesan untuk berkongsi cerita anda sebagai artis dan berhubung dengan audiens anda. Video menghidupkan muzik anda, menambahkan visual menarik yang menjadikan lagu anda lebih mudah diingati dan menawarkan pengalaman baharu kepada peminat. Dengan ciri baharu di Spotify, video muzik pada hari ini sama pentingnya seperti sebelum ini.
Video muzik rasmi akan dilancarkan dalam versi beta sebagai cara terbaharu untuk menghidupkan muzik anda dan berhubung dengan pendengar secara lebih dekat. Video muzik di Spotify disambungkan terus kepada lagu audio anda supaya seluruh dunia kreatif anda boleh menjangkau peminat muzik terbesar di dunia, di platform yang sudah pun menjadi sumber penstriman mereka. Dan ini hanyalah permulaan – lebih banyak ciri dan alat akan dilancarkan seiring dengan perkembangan versi beta.
Sama ada anda ingin mengeratkan hubungan dengan peminat setia anda atau berhubung semula dengan pendengar yang sudah lama tidak menstrim lagu anda, video muzik menyediakan latar untuk penglibatan jangka panjang. Perkara ini disokong melalui data: secara purata, pendengar yang menemukan lagu dengan video muzik di Spotify adalah 34% lebih berkemungkinan untuk menstrim semula lagu itu pada minggu berikutnya. Di samping itu, video muzik menginspirasikan tindakan – secara purata, lagu dengan video adalah 24% lebih berkemungkinan untuk disimpan atau dikongsikan. Pasukan untuk artis seperti Charli xcx, Danna Paola, FIREBOY DML, LISA dan Fontaines D.C. telah pun menggunakan video muzik di Spotify untuk mendekatkan lagi peminat mereka dengan muzik.
Cara Peminat Boleh Menonton atau Mendengar di Spotify
Kini peminat anda boleh menikmati video muzik anda di Spotify. Apabila mereka memainkan lagu dengan video muzik, mereka akan melihat pilihan "Tukar kepada Video" dalam paparan Sedang Dimainkan. Dengan hanya satu ketik, video akan dimainkan dengan lancar tanpa meninggalkan aplikasi. Untuk mendapatkan pengalaman yang lebih mengasyikkan, mereka boleh memutarkan telefon mereka untuk menonton dalam skrin penuh. Proses penukaran kembali kepada audio juga mudah, yang memberikan pendengar lebih kawalan ke atas cara mereka ingin menikmati muzik anda.
Video muzik anda boleh ditemukan pada profil artis anda, paparan Sedang Dimainkan, Carian dan banyak lagi – memudahkan peminat anda terus berhubung dengan muzik dan visual anda serta memahami dunia kreatif anda dengan lebih mendalam.
Mengurus Dunia Kreatif Anda dengan Alat Spotify for Artists
Video muzik menyertai video dan alat visual lain yang membantu anda berhubung dengan peminat baharu dan pendengar setia dengan cara yang bermakna. Canvas—visual berulang 3 hingga 8 saat yang mengasyikkan—menarik perhatian daripada paparan Sedang Dimainkan, manakala Clip membolehkan anda berkongsi video pendek dan menegak yang membolehkan peminat melihat proses kreatif anda di sebalik tabir atau mempromosikan muzik akan datang, yang boleh ditonton di Laman Utama, Halaman Kira Detik, halaman keluaran dan banyak lagi. Kini, dengan video muzik rasmi panjang penuh, anda boleh meningkatkan lagi penceritaan visual anda.
Untuk memudahkan lagi pengurusan semua visual anda, kami telah melancarkan tab Video & Visual dalam Spotify for Artists. Setelah video muzik anda berada di Spotify, tab Video & Visual membolehkan anda melihat semua video muzik ini, bersama-sama muat naik Clip dan Canvas anda yang terdahulu. Selain itu, anda akan mempunyai akses kepada analisis video muzik yang berguna, termasuk strim video sepanjang masa, yang memberi anda cerapan berharga tentang cara peminat anda berhubung dengan muzik anda. Dalam beberapa minggu yang akan datang, kami juga akan melancarkan keupayaan untuk menetapkan mana-mana video muzik anda di Spotify sebagai Pilihan Artis anda, yang membolehkan anda mempamerkan karya visual anda di bahagian atas profil artis anda.
Memasukkan Muzik Video Anda di Spotify
Video muzik masih dalam versi beta dan dimuat naik ke Spotify melalui bilangan pengedar yang terhad. Jika anda berminat untuk menyediakan video muzik anda kepada pendengar Spotify, hubungi pengedar anda untuk mendapatkan maklumat lanjut. Jika anda merupakan label atau pengedar yang berminat untuk menghantar video muzik kepada pasukan artis anda, hubungi kenalan anda di Spotify.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.