Bermula dengan Showcase: Alat Kempen untuk Menyiarkan Muzik Anda pada Laman Utama
Showcase ialah alat terbaharu kami yang dicipta untuk memasarkan muzik. Alat ini membolehkan anda mempromosikan keluaran yang anda inginkan, pada masa yang diingini dan kepada pendengar yang ingin anda jangkau – semuanya terdapat pada Laman Utama Spotify.
Di Spotify for Artists, kami sedang membina alatan yang membantu artis dan pasukan mereka mempromosikan muzik mereka — hanya di tempat penstriman berlaku. Hari ini, Marquee menarik perhatian pendengar kepada keluaran baharu anda sebaik sahaja mereka membuka aplikasi dan pengusulan playlist membawa muzik anda yang belum dikeluarkan kepada editor Spotify, untuk dipertimbangkan bagi pemprograman editorial.
Namun artis dan pasukan mereka mahukan lebih banyak fleksibiliti berkenaan penampilan muzik yang sesuai kepada peminat yang sesuai pada masa yang tepat — sama ada hal ini bermakna menjangkau pendengar baharu dengan lagu trending, berinteraksi dengan pendengar super dengan album ulang tahun, atau menyasarkan pendengar aktif sebelum ini dengan peringatan tentang jelajah anda.
Melalui peningkatan populariti muzik katalog, penciptaan semula hasil karya anda sebagai aspek penting untuk membina dan mengekalkan kumpulan peminat anda, turut menjadi semakin penting. Dari tahun 2020 hingga 2022, bahagian Carta Lagu Popular Mingguan Global kami yang diwakili oleh katalog (18 bulan ke atas) telah meningkat sebanyak 155%. Mempromosikan keluaran baharu anda juga kekal sebagai aspek kritikal, tetapi bukan sahaja ketika detik keluaran: Secara purata, 75% daripada strim tahun pertama keluaran berlaku selepas bulan pertama.
Demikian itu, kami telah membina Showcase, iaitu sebuah alat kempen baharu yang menawarkan lebih banyak cara kepada artis dan pasukan mereka untuk menampilkan muzik baharu dan katalog anda kepada pendengar yang tepat, pada masa yang tepat. Dengan Showcase, anda akan dapat membangunkan peminat melalui cara yang mustahil untuk dilakukan sebelum ini — iaitu dengan menonjolkan lagu anda pada Laman Utama.
Apakah itu Showcase dan cara alat itu berfungsi?
Showcase ialah cadangan ditaja yang membantu anda berkongsi lagu anda — sama ada keluaran baharu anda, bahagian katalog anda yang jarang didengar, atau apa-apa sahaja — pada bila-bila masa kepada pendengar yang berpotensi di seluruh Spotify. Alat ini muncul sebagai sepanduk mudah alih pada bahagian atas Laman Utama Spotify — tempat yang paling kerap dilawati di Spotify, yang mengalu-alukan berjuta-juta pendengar untuk datang dan memutuskan lagu yang ingin didengar, lantas menghasilkan berbilion-bilion strim setiap hari. Tambahan pula, secara purata, orang yang melihat Showcase adalah 6 kali lebih cenderung untuk menstrim keluaran yang dipromosikan.
Selain itu, Showcase memberikan pilihan kepada artis dan pasukan mereka untuk menempah berbilang kempen bagi keluaran yang sama. Sebagai contoh, alat ini membolehkan anda menonjolkan single, EP atau album dengan berbilang kempen untuk menjangkau matlamat yang berbeza, dengan setiap satu menyasarkan pasaran atau segmen pendengar yang berbeza.
Berikut merupakan beberapa contoh lain tentang cara Showcase memberikan peluang kepada anda untuk membangunkan audiens anda dengan cara baharu dan bermakna:
- Menimbulkan keterujaan peminat anda melalui kegemaran lama untuk membuatkan mereka ternanti-nanti keluaran akan datang
- Meletakkan lagu popular bermusim pada barisan hadapan kepada pendengar baharu semasa musim cuti
- Berinteraksi semula dengan pendengar anda yang telah lama tidak dijangkau dengan keluaran baharu
Apa-apa pun matlamat anda, Showcase ialah alat untuk meningkatkan audiens anda pada saat yang terbaik untuk menyokong muzik dan kerjaya anda.
Bilakah masa terbaik untuk menonjolkan muzik saya?
Dengan Showcase, anda boleh mempromosikan muzik anda pada bila-bila masa, jadi masih belum terlambat untuk menonjolkan keluaran anda pada Laman Utama. Selain itu, anda boleh menambahkan tajuk utama untuk memberi pendengar konteks yang bermakna pada muzik yang anda promosikan. Berikut merupakan beberapa contoh tajuk utama dan cara anda boleh menggunakan tajuk utama itu:
Keluaran seterusnya
Libatkan diri anda dalam keterujaan prakeluaran dengan mempromosikan muzik sedia ada dengan tajuk utama ini. Tindakan ini boleh menyediakan audiens anda di samping memberitahu mereka untuk menantikan muzik baharu anda.
Muzik baharu
Gunakan tajuk utama ini untuk menarik perhatian audiens apabila anda mengeluarkan muzik baharu anda. Anda juga boleh menggunakan Marquee di samping Showcase untuk keluaran baharu, atau anda boleh menggunakan salah satu alat tersebut secara bersendirian.
Baru dikeluarkan
Sebaik sahaja detik pelancaran selesai, gunakan tajuk utama ini untuk melanjutkan kitaran promosi anda serta biarkan muzik terbaharu anda berlegar-legar dalam fikiran peminat yang berpotensi.
Konsert menjelajah
Ingin meningkatkan keterujaan untuk jelajah baharu dan menimbulkan minat terhadap tiket pada profil artis anda dan paparan Sedang Dimainkan? Anda boleh menggunakan pilihan ini untuk berinteraksi dengan pendengar sebelum mereka melihat anda bersiaran secara langsung.
Ulang tahun keluaran
Gunakan tajuk utama ini untuk meraikan ulang tahun penting bagi salah satu keluaran sepanjang zaman anda serta berikan sebab kepada pendengar untuk mendalami keluaran anda kembali.
Tular semula
Kegembiraan terukir apabila melihat muzik anda trending, dan pilihan ini membolehkan anda memanfaatkan detik dan meningkatkan momentum untuk menarik perhatian pendengar baharu kepada muzik anda.
Lagu bermusim
Ini cara terbaik untuk mempromosikan lagu bermusim semasa cuti atau masa tertentu dalam setahun. Lagu yang menyeramkan, lagu perayaan pilihan hati, atau lagu cinta baharu yang disediakan untuk Hari Kekasih — semuanya tergolong di bawah "Irama bermusim".
Perkara yang penting ialah anda mempunyai kebebasan untuk memilih tajuk utama (dan detik) yang memainkan peranan penting untuk muzik anda.
Siapakah yang boleh saya jangkau dengan Showcase?
Showcase membolehkan jangkauan kepada pendengar di lebih daripada 30 pasaran, lalu membantu anda membangunkan kumpulan peminat global. Secara lalai, kempen menjangkau pendengar yang berpotensi menstrim keluaran anda — termasuk pendengar yang telah menstrim keluaran anda sebelum ini dan orang yang baru mengenali muzik anda. Anda juga boleh memilih untuk menyasarkan segmen khusus audiens anda berdasarkan tingkah laku penstriman sebenar:
Audiens aktif
Ini ialah pendengar berharga yang telah menstrim muzik anda dengan sengaja dalam tempoh 28 hari yang lalu daripada sumber aktif seperti profil artis, album dan halaman keluaran anda serta pustaka dan playlist mereka sendiri. Terdapat tiga segmen dalam audiens aktif:
Pendengar super: Pendengar aktif anda yang paling berdedikasi dalam tempoh 28 hari yang lalu. Mereka juga yang paling berkemungkinan akan terus menstrim muzik anda.
Pendengar sederhana: Pendengar aktif yang menstrim muzik anda berulang kali dengan sengaja dalam tempoh 28 hari yang lepas dan masih boleh berkembang menjadi pendengar super.
Pendengar ringan: Pendengar aktif yang menstrim muzik anda sekali atau dua kali dengan sengaja dalam tempoh 28 hari yang lepas dan boleh berkembang menjadi pendengar sederhana.
Audiens aktif sebelum ini
Pendengar yang pernah berada dalam audiens aktif anda tetapi tidak menstrim muzik anda dengan sengaja dalam tempoh sekurang-kurangnya 28 hari. Mereka masih boleh menstrim muzik anda daripada sumber yang diprogramkan.
Audiens yang diprogramkan
Pendengar yang hanya menstrim muzik anda daripada sumber yang diprogramkan seperti playlist editorial, Discover Weekly, Radio, Autoplay atau playlist oleh pendengar lain sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 2 tahun yang lalu.
Audiens berpotensi
Pendengar yang bukan dalam jumlah audiens anda sekarang. Berdasarkan tabiat mendengar mereka, pendengar ini mungkin menstrim keluaran anda yang dipromosikan.
Bagaimanakah pelaporan Showcase berfungsi?
Anda akan dapat mengakses pelaporan terperinci dua puluh empat jam selepas kempen anda bermula supaya anda dapat melihat cara kempen anda mendorong penglibatan dengan keluaran yang anda promosikan, berserta dengan keseluruhan katalog anda.
Sebelum ini, kami telah mengatakan tentang orang yang melihat Showcase enam kali lebih berkemungkinan untuk menstrim keluaran yang dipromosikan, tetapi kesan ini boleh dilihat seawal pendengaran pertama. Metrik pelaporan kami mengukur cara kempen anda mengembangkan audiens anda dan membangunkan peminat setia dari semasa ke semasa. Sama ada matlamat pemasaran anda termasuk penglibatan audiens, pengaktifan semula, atau pertumbuhan, laporan Showcase mengukur kejayaan matlamat tersebut dengan menjejak cara kempen anda mengembangkan pendengar aktif yang diperkuat, diaktifkan semula dan baharu.
Berikut merupakan pecahan setiap metrik:
Pendengar yang ditonjolkan: Pendengar daripada audiens aktif anda yang menstrim keluaran anda yang dipromosikan dengan sengaja buat kali pertama selepas melihat kempen anda.
Pendengar yang diaktifkan semula: Pendengar yang menyertai semula audiens aktif anda selepas menstrim keluaran anda yang dipromosikan dengan sengaja.
Pendengar aktif baharu: Pendengar yang menyertai audiens aktif anda buat kali pertama dengan menstrim keluaran anda yang dipromosikan dengan sengaja – termasuk pendengar baharu yang tidak menstrim lagu anda dalam tempoh dua tahun yang lepas.
Akhir sekali, pelaporan Showcase boleh membantu anda memahami cara pendengar yang berniat untuk menstrim anda dalam jangka masa panjang dengan mengetengahkan penyimpanan langsung metrik, penghasilan playlist, dan kadar niat. Penyelidikan kami mendapati bahawa penyimpanan dan penambahan playlist berhubung kait dengan peningkatan sebanyak 2.5x dalam penstriman artis enam bulan kemudian.
Bagaimanakah saya menetapkan belanjawan kempen?
Belanjawan untuk kempen Showcase bermula pada kadar $100 apabila ditempah melalui Spotify for Artists dan berjalan sehingga anda membelanjakan belanjawan anda atau 14 hari selepas kempen anda bermula, mana-mana yang lebih awal. Memandangkan penentuan harga Showcase bermula pada kadar $0.40 CPC iaitu berdasarkan kos setiap klik (CPC), kami membelanjakan belanjawan anda hanya apabila ada orang yang mengklik pada Showcase.
Untuk memaksimumkan nilai perbelanjaan anda, Showcase menapis keluar orang yang sudah menstrim keluaran yang dipromosikan dengan sengaja dalam tempoh 21 hari yang lepas. Sepanjang kempen, anda hanya akan menjangkau orang yang belum mendengar secara aktif.
Bagaimanakah saya dapat menjalankan kempen Showcase?
Untuk layak menempah Showcase, artis hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 strim sepanjang 28 hari yang lalu dalam sekurang-kurangnya satu daripada pasaran sasaran yang tersedia dan negara pengebilan pasukan artis mesti ditetapkan kepada salah satu daripada pasaran yang Showcase tersedia untuk dibeli.
Jika anda memenuhi syarat-syarat ini, minta pentadbir pada pasukan anda mengikuti langkah-langkah mudah ini untuk menempah kempen anda.
- Log masuk ke papan pemuka Spotify for Artists pada desktop dan pergi ke tab Kempen.
- Cari tab Showcase.
- Pilih keluaran layak.
- Ikut arahan untuk menyediakan kempen anda, dan anda sudah bersedia!
Sepanjang tempoh beberapa bulan yang akan datang, kami akan terus meluaskan akses kepada lebih ramai artis di seluruh dunia. Kami teruja untuk berkongsi lebih banyak pengemaskinian supaya anda boleh membawa strategi diperibadikan anda sendiri pada keluaran yang anda inginkan, pada masa yang anda mahu, dan anda boleh menampilkan muzik anda pada Laman Utama, dengan Showcase.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.