Imbau Kembali Spotify for Artists pada tahun 2021
Daripada ciri baharu kepada hubungan yang lebih mendalam, berikut cara kami berusaha untuk membantu anda berkongsi muzik anda, mengembangkan asas peminat anda, mengemudi kerjaya anda dan meraikan kejayaan anda pada tahun ini.
Mari kita bincangkan tentang hal yang diabaikan kebanyakan orang: Tahun 2021 agak aneh. Mujurlah kita ada muzik untuk membantu kita mengharungi semua cabaran. Dengan cara baharu untuk berhubung dengan pendengar, sumber yang makin meluas dan cerapan baharu, kami melakukan yang terbaik untuk membantu artis mencapai matlamat mereka dan membina asas peminat mereka di Spotify for Artists. Tahun ini mungkin tidak seperti yang kita bayangkan, tetapi kemajuan yang anda capai menjadi bukti kepada kami betapa hebatnya industri muzik ini. Mari lihat perkara yang berlaku.
Cara baharu untuk mengekspresikan diri anda
Pada tahun ini, kami menambahkan cara baharu untuk membantu artis menceritakan kisah mereka di samping muzik mereka di Spotify. Sebagai permulaan, semua artis mendapat akses kepada Canvas pada awal tahun dan ini membolehkan mereka menambahkan visual pendek dan berulang tayang pada lagu mereka di Spotify – termasuk beberapa yang berleluasa di media sosial.
Menyokong artis tempatan dan global
Kami berusaha menuju ke arah industri muzik yang memberikan akses dengan peluang yang sama kepada setiap artis – tanpa mengira di mana-mana jua mereka berada. Itulah sebabnya, pada minggu lepas, Spotify for Artists dilancarkan dalam 16 bahasa baharu, lantas membolehkan anda mengawal dan membina asas peminat anda dalam bahasa yang anda paling fasih. Kami akan melancarkan lebih banyak bahasa pada awal tahun depan.
Kami juga mahu memecahkan halangan untuk membantu artis bebas membina asas peminat mereka dan kerjaya mereka. Itulah sebabnya kami memulakan program Fresh Finds baharu pada tahun ini untuk memberikan akses bimbingan satu sama satu kepada artis dengan pasukan kami, sebuah Masterclass yang diperibadikan, peluang kerjasama dengan pencipta lagu dan penerbit serta peluang untuk mengeluarkan lagu Single Spotify yang asli.
Sebagai respons kepada situasi yang menafikan suara orang kulit Hitam daripada naratif, kami melancarkan Frequency, sebuah inisiatif global untuk meraikan seni, hiburan, kreativiti, budaya dan komuniti orang kulit Hitam dalam dan luar platform. Sebahagian daripada misi Frequency bukan sahaja menjadi hab untuk muzik orang kulit Hitam, tetapi juga untuk menunjukkan sokongan awal bagi membangunkan artis serta mempamerkan pengaruh budaya orang kulit Hitam merentasi subgenre yang mungkin lazimnya tidak dapat dilihat oleh orang ramai.
Memandangkan sesetengah artis mula untuk mengemudi haluan mereka kembali di atas pentas, kami ingin membantu mereka mempromosikan persembahan, belajar daripada pemimpin industri, merancang konsert jelajah dan menggalakkan kehadiran ke konsert dengan selamat melalui inisiatif Kembali Beraksi Secara Langsung kami. Langkah awal kami untuk kempen ini termasuk membawa kembali program pemasaran e-mel kami, Fans First untuk mendorong jualan tiket dan barang dagangan, menguji destinasi Hab Konsert di halaman "Utama" bagi meningkatkan kesedaran tentang persembahan, memanfaatkan Kad Promosi untuk menampilkan butiran konsert jelajah, bekerja dengan rakan organisasi bukan keuntungan global dan rakan kerajaan kami dalam menyediakan maklumat vaksin kepada orang awam dan banyak lagi. Kami bercakap dengan beberapa pakar muzik secara langsung tentang perjalanan Kembali Beraksi Secara Langsung pada podcast Sesi Co.Lab kami.
Membina audiens anda dan berhubung dengan peminat
Bagi artis yang meneruskan pengalaman muzik secara langsung dalam talian, kami mengumumkan perkongsian dengan StageIt, Mandolin, NoCap dan nugs.net untuk memperkemaskan pengalaman acara maya agar pendengar boleh pergi daripada Spotify secara langsung ke acara anda. Namun, apakah makna acara (walaupun acara maya) tanpa barang dagangan? Penyepaduan baharu dengan Shopify kami membolehkan artis mempamerkan barang dagangan pada profil artis mereka untuk meningkatkan strim perolehan tambahan dan kekal berhubung dengan peminat. Anggap ini sebagai meja barang dagangan maya anda.
Acara bersemuka mungkin terhad, tetapi kreativiti anda tidak pernah berhenti dan muzik baharu sentiasa menyusul. Untuk membantu keluaran baharu anda menonjol, kami menambahkan beberapa peningkatan pada Marquee – alat pemasaran keluaran baharu kami. Kami mula melancarkan pengalaman membeli secara layan diri untuk Marquee di A.S. bagi memudahkan penghasilan kempen, meluaskan akses Marquee kepada hampir sedozen pasaran baharu, menambahkan sokongan untuk single dan memperkenalkan metrik pelaporan baharu. Membina pelan pemasaran keluaran baharu yang pintar memerlukan data lebih pintar – jadi, kami menambahkan paparan Butiran Keluaran baharu dalam Spotify for Artists untuk menyediakan statistik komposit bagi sebarang keluaran baharu dan halaman Penglibatan Audiens yang baharu bagi menganalisis cara katalog penuh anda menukar pendengar menjadi peminat dengan penambahan, penyimpanan playlist dan tindakan berniat tinggi.
Meraikan kejayaan artis
Di Spotify, kami sebulat suara menyokong bersorak tentang semua pencapaian penting dengan lantang. Carta Spotify Baharu – termasuk Carta Artis yang menjejak strim katalog penuh, Carta Genre untuk 17 genre yang berlainan serta Carta Nadi Kota dan Setempat yang mencapai lebih daripada 200 lokasi. Carta ini memberi artis peluang untuk menunjukkan impak mereka dan mencipta lebih banyak peluang untuk mencapai carta. Selain itu, dengan Kad Promosi yang dikemas kini, anda boleh memperibadikan mesej anda dengan bahasa baharu, berkongsi pencapaian tentang kedudukan carta dan kiraan pengikut, meraikan ulang tahun lagu dan album serta menunjukkan peminat jika anda ditampilkan dalam salah satu daripada lebih daripada seratus playlist.
Memperkenalkan lebih banyak data dan ketelusan
Lebih banyak data menjurus kepada strategi yang lebih kukuh, membawa kepada peminat yang lebih setia – beginilah gambarannya. Itulah sebabnya kami melancarkan Kajian Peminat yang pertama, menampilkan 15 cerapan baharu yang direka untuk membantu anda menemukan asas peminat yang sesuai dengan matlamat anda, bersama-sama Edisi Barang Dagangan agar anda boleh meningkatkan strim perolehan dengan bergaya. Kami menamatkan tahun ini dengan Diimbas Kembali untuk Artis yang bersepadu dengan Shopify dan imbau kembali pada kejayaan terbesar tahun ini, artis popular dalam kalangan artis dan banyak lagi dalam Tahun Ini dalam Muzik: Diimbas Kembali – semakan tahunan interaktif untuk meraikan tahun 2021 yang luar biasa, yang dimiliki secara kolektif oleh komuniti artis.
Kami mendengar dengan jelas berkenaan pertanyaan tentang pendapatan artis daripada penstriman. Oleh itu, kami berkongsi data dan sumber baharu dalam Lantang & Jelas. Pertanyaan yang disuarakan pada platform ini sudah wujud dalam industri ini selama lebih sedekad dan pada pendapat kami, terlalu lama diabaikan tanpa jawapan yang jelas berkenaan sistem royalti, pemain dan prosesnya. Kami berharap jawapan dan sumber kami tentang industri penstriman kini telah menawarkan perbualan yang membina dan konteks industri yang lebih mendalam.
Mencipta ruang untuk pencipta lagu, produser dan penerbit
Frasa "sekampung tenaga dikerah" tidak memadai untuk menggambarkan penciptaan lagu popular. Kami mengalu-alukan Noteable pada tahun 2021, sebuah hab yang direka khas untuk pencipta lagu, produser dan penerbit untuk mengakses sumber industri yang berkenaan dan berhubung dengan pencipta yang sama fikrahnya. Song Start memberi komuniti ini titik tolak dengan siri video dan podcast pendidikan yang menampilkan pengajaran daripada Camila Cabello, John Legend, Sam Smith, Ali Tamposi dan ramai lagi.
Sumber pendidikan baharu
Pendidikan tidak pernah berhenti, tetapi cara kita menggunakan maklumat telah berubah. Kami mengambil perkara kegemaran kami seperti siri video Nasihat Terbaik dan acara Co.Lab kami serta menyesuaikan perkara tersebut untuk dunia yang lebih maya (podcast baharu yang menampilkan nasihat tanpa tapisan daripada artis terkenal untuk acara maya dan terdahulu serta episod podcast tentang topik terkini bagi episod podcast). Pada tahun ini, kami juga membawakan episod baharu The Game Plan, dengan menampilkan pengajaran daripada legenda muzik dan orang dalam Spotify berkenaan penstriman buatan, Canvas dan alatan tersedia kepada penerbit dan pencipta lagu.
Apabila kita melangkah ke tahun 2022, pasukan Spotify for Artists ingin berterima kasih kepada anda semua kerana menjadi sebahagian daripada komuniti ini — dan bagi semua muzik yang dihasilkan. Sampai jumpa tahun depan!
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.