Hampir 40% daripada Pendengar Marquee Jelani Aryeh Menyimpan Album Debutnya – Inilah yang Dilakukan oleh Pasukannya
Pasukan di IMPERIAL Music menjelaskan cara mereka menggunakan Marquee untuk membawa pendengar mendalami muzik Jelani, sambil menggunakan visual Canvas untuk mengukuhkan jenamanya.
Apabila estetika sama pentingnya dengan bunyi anda, maka strategi pemasaran berbilang dinamik adalah penting dalam membina personaliti jenama anda. Jadi, apabila tiba masanya untuk keluaran album debut penyanyi baharu Jelani Aryeh iaitu I've Got Some Living To Do , pasukannya tahu bahawa pelan mereka mestilah sama kreatif dengan artis mereka. "Dia ada aura tersendiri," ujar Daniella Risi, pengarah bersekutu pemasaran di IMPERIAL Music. "Kebanyakan muzik yang ada sekarang merupakan detik tular [di media sosial] dan terdapat kekurangan seni di sebalik muzik tersebut. Single susulan kadangkala tidak begitu berjaya kerana muziknya hanyalah detik [yang tular]. Jelani pula sebaliknya dan kami rasa muzik Jelani benar-benar menggambarkan hal ini."
Debut tersebut bermula dengan baik: Walaupun kempen album dilancarkan semasa kemuncak wabak, video muzik yang didorong peminat dan mesra wabak untuk single "Stella Brown", berjaya menarik perhatian peminat dengan serta-merta dan melonjak dalam populariti. Namun, pasukan mereka juga ingin album tersebut berdiri dengan sendiri, terutamanya dengan audiens Spotify yang sangat aktif. "Kami ingin album itu menjadi lebih daripada sebuah album, bukan sekadar beberapa single. Album ini merupakan hasil kerja yang padu, maka sama ada 'Marigold' atau 'From These Heights,' penting untuk kami menghasilkan album yang benar-benar melambangkan dirinya."
Semasa Jelani dan pasukannya bersedia untuk hari debut, mereka memerlukan cara untuk membina jenamanya dengan menarik pendengar dalam dunia kreatif Jelani. "Bagi kitaran album ini, kami sememangnya ingin Jelani berhubung dengan peminatnya melalui cara baharu. Kami benar-benar ingin membina personalitinya," ujar Risi, sambil menjelaskan bahawa Marquee, cadangan ditaja bagi keluaran baharu artis pada skrin penuh – membantu mereka mencapai matlamat mereka untuk memupuk pendengar yang lebih terlibat dan lebih mendalam, yang bukan sahaja akan berhubung dengan muziknya, tetapi dengannya sebagai seorang artis. "Kami ingin memastikan bahawa orang ramai bukan sahaja mengenali dirinya, [tetapi kami juga ingin menarik] pendengar terlibat yang kembali dan mendengar semula."
Aspek Marquee yang paling menarik ialah ketepatan dengan tumpuan penuh terhadap penyasaran audiens, lantas membolehkan pasukan IMPERIAL menyasarkan pendengar sebenar yang tepat apabila mereka berkemungkinan besar melibatkan diri. Mereka menyediakan kempen untuk menjangkau pendengar lelap Jelani di U.S. dan di U.K., iaitu orang yang tidak mendengar muzik Jelani secara aktif dalam tempoh enam bulan yang lalu tetapi pernah mendengar muziknya sebelum ini. Kempen ini memastikan album Jelani dapat menjangkau audiens yang sebaliknya mungkin tidak mengetahui tentang album ini. "Marquee sememangnya secocok bagi strategi keluaran kami dengan membantu untuk mencapai matlamat kami dengan menebarkan jaringan yang lebih meluas secara keseluruhan."
Penyasaran yang tepat dan akses secara langsung kepada pendengar yang mereka dapati tidak ditawarkan secara meluas dalam pilihan pemasaran yang lain. "Sekiranya anda mengiklankan di platform sosial, anda tidak pasti pun jenis [perkhidmatan penstriman] yang mereka gunakan untuk mendengar muzik," jelas Risi. "Anda memaut keluar kepada [halaman penambat] dengan semua [perkhidmatan penstriman] yang lain dan kini, anda perlu meminta mereka mengklik kepada [halaman] yang lain. Kadangkala, apabila mereka mengklik pada pautan tersebut, mereka perlu mendaftar masuk Spotify atau pautan itu membawa mereka ke Spotify pada [penyemak imbas]. Apabila ada satu lagi langkah, kita akan menjadi malas dan mengklik keluar. Walaupun saya menerima perkhidmatan iklan tersebut, adanya langkah tambahan."
Dengan jangka perhatian dijadikan komoditi yang hangat, penyepaduan dalam aplikasi Marquee yang lancar mengeluarkan halangan yang menghalang pendengar daripada mendengar. "[Dengan Marquee], anda mendapat perkhidmatan tersebut dalam platform. Ini lebih masuk akal. Tiada langkah tambahan. Kurang usaha diperlukan bagi pihak pengguna, maka hasil kita menjadi lebih baik," ujar Risi.
Pasukan ini tahu daripada data Spotify for Artists mereka bahawa audiens Jelani cenderung untuk menjadi lebih aktif pada hari Khamis, maka mereka memutuskan untuk memulakan kempen pada hari Khamis selepas hari keluaran (mereka ingin "kembali beberapa hari kemudian dan menyasarkan peminat semula"), lantas memastikan gelombang pendengar lain yang belum dijangkau dengan pemasaran hari keluaran awal. Strategi ini berhasil: kadar niat untuk kempen adalah pada kadar 38%. Ini bermakna lebih daripada satu pertiga pendengar yang melihat Marquee dan menstrim album kemudiannya menyimpan atau menambahkan lagu daripada album Jelani dalam playlist peribadi untuk pendengaran secara berterusan.
Dengan kekerapan penyimpanan dan penambahan dalam playlist yang tinggi, pasukan Risi menjangkakan pendengar akan lebih berpeluang untuk mengekalkan hubungan jangka panjang dengan artis. "Kami ingin mereka menyimpan lagu dalam pustaka mereka maka pada masa akan datang, apabila playlist berubah dan dia mungkin sudah tiada dalam playlist tersebut, mereka masih mendengar lagu itu."
Dengan pendengar yang sudah bersedia untuk mendengar I've Got Some Living To Do lama selepas keluaran debut, visual Canvas yang diulang tayang menyemarakkan semula minat mereka terhadap visi artistik Jelani. Lagu seperti “Marigold” dan “Overexposed” menampilkan rakaman yang berinspirasikan retro dan sinaran matahari yang melengkapi bunyi pop santai yang sinonim dengan Jelani, manakala lagu lain seperti lagu pembuka “Trunk Song" pula memberikan sentuhan yang lebih peribadi.
Objek bergerak yang mirip seakan manusia, yang dianggap Jelani sebagai "bob coretan" pula bergerak melalui beberapa lagu dalam warna yang berselang-seli. Grafik ini menggabungkan dua huruf J, untuk "Jelani" dan adiknya, "Jordan" serta boleh dilihat di seluruh portfolio artis ini daripada kulit albumnya sehinggalah logo utama Jelani dan juga sebagai tatunya. "Apabila Canvas Jelani diambil daripada logonya, ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa baginya, ditatu pada tubuhnya dan digabungkan dalam seni kulit luar. Kami berasa gembira kami boleh memiliki logo konsisten ini yang dianimasikan dan berulang. Ini merupakan album debutnya, maka dengan adanya logo ini merupakan cara untuk memperkenalkan dirinya."
Kini, dengan kerjaya yang meningkat dan kumpulan pendengar terlibat yang membanggakan dalam genggaman Jelani Aryeh, kita boleh mengatakan bahawa dia telah membuat pengenalan yang agak menonjol.
Hubungi kami
Kami teruja untuk berkongsi lebih banyak kemas kini sambil kami terus mengembangkan Marquee. Anda boleh mengetahui lebih lanjut dalam panduan Bermula dengan Marquee kami dan menonton kemas kini baharu di tapak kami.
Jika anda berminat menggunakan Marquee untuk menyasarkan audiens di 36 pasaran, termasuk Brazil, Perancis, Jerman, Mexico, United Kingdom dan Amerika Syarikat, dan anda mempunyai keluaran baharu yang layak, anda boleh berbuat demikian melalui papan pemuka Spotify for Artists. Lihat senarai sasaran Marquee yang lengkap di sini. Marquee tersedia secara langsung dalam Spotify for Artists untuk pasaran yang terpilih. Jika anda bertempat di salah satu pasaran ini, tetapkan negara pengebilan anda dan pergi ke tab Kempen untuk bermula dengan Marquee.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.