Menyelami Dunia Julia Wolf: Membina Momentum untuk EP Baharu, 'Girls in Purgatory'
Dalam episod terakhir siri "How They Made It", penyanyi-pencipta lagu, Julia Wolf dan pasukannya membincangkan cara menggunakan Canvas, Marquee dan banyak lagi pada singlenya, "Falling in Love" untuk membina audiens sebelum keluaran EP baharunya.
Julia Wolf "menghasilkan muzik untuk gadis yang terlalu takut untuk menyuarakan pemikiran mereka" melalui pengalamannya sendiri sebagai budak pemalu dalam sebuah keluarga Itali yang besar ketika bergelut untuk menyesuaikan diri dan melarikan diri – lalu menemui dirinya – menerusi muzik.
Kini, dengan lebih daripada 300,000 pendengar bulanan di Spotify, artis bebas ini menggunakan pengalamannya sendiri untuk memperkasakan muziknya dengan berhubung dengan peminat melalui cara yang unik, tulen sepenuhnya dan 100% dirinya.
Namun, itulah perjalanan untuk mencapai kejayaan. "Menceburi bidang muzik sebagai kerjaya melibatkan banyak ujian dan kesilapan serta banyak jalan buntu," jelas Wolf dalam episod baharu siri How They Made It kami. "Tentulah tidak begitu mudah sebagaimana yang saya fikirkan. Penghasilan muzik yang baik mengambil masa yang lama."
"Terdapat banyak kerjasama yang gagal, banyak orang berkata bahawa saya cerewet. Setiap orang cuba mengubah suara – suara yang kedengaran begitu mudah dalam minda saya."
Wolf, seorang penyanyi-pencipta lagu dari Queens, NY menggambarkan suaranya sebagai menarik diri daripada dunia Hip-Hop dan daripada muzik Indie dengan menggabungkan penekanan lirik kegemarannya daripada muzik Rap dengan suaranya yang bersifat Indie secara natural. "Saya suka menambahkan sifat keharmonian, tetapi lirik adalah yang paling penting. Saya cuma mahu menyerlahkan lirik."
"Saya sedar dengan sangat cepat bahawa dalam kerjaya penciptaan lagu saya, saya cuma boleh mencipta lagu berdasarkan perkara yang pernah saya lalui. Saya tidak dapat mencipta lagu tentang pengalaman orang lain kerana saya tidak berasa natural apabila berbuat demikian." Satu lagu sedemikian yang diciptanya ialah “Falling in Love”, sebuah lagu baharu yang menyampaikan cerita sebenar tentang malam yang terganggu ketika keluar dengan kawan. Sebagai single pertama yang dikeluarkan dalam persediaan untuk EP pertamanya, Girls in Purgatory, pasukannya strategik dari segi cara penerbitan dengan menggunakan data dan cerapan Spotify for Artists, Canvas dan Marquee untuk mempromosikan lagu dan membina audiens yang berinteraksi sebelum album debut penuh.
Wolf menjelaskan bahawa dia dan pasukannya menggunakan data audiens untuk lebih memahami identiti peminatnya, yang mengubah pemesejan media sosialnya untuk menjangkau lebih banyak wanita. "Spotify [for Artists] telah membantu saya memahami dengan lebih lanjut tentang identiti audiens sasaran saya kerana pada mulanya terdapat lebih banyak audiens lelaki yang paling menonjol. Akan tetapi, apabila kami melihat keadaan tersebut, saya mula mengalihkan lebih banyak tumpuan perbualan saya di media sosial pada gadis dan kami melihat perubahan mula berlaku. Kini, audiens perempuan paling menonjol, ini sangat hebat."
Pengurusnya, Joseph Pineda, membuat tambahan: "[Di Spotify,] kami telah mengakses data yang tidak dapat kami lihat pada lima hingga 10 tahun yang lalu. Berbanding dengan masa dahulu, kini kami, terutamanya artis bebas seperti Julia, perlu menggunakan semua alat untuk cuba mengharungi sekatan dan terus berkembang." Itulah sebabnya mereka menukar kepada Marquee, satu cadangan ditaja berskrin penuh bagi keluaran baharu yang dipaparkan kepada pendengar Spotify yang telah menunjukkan minat terhadap muzik artis.
"Perkara yang baik tentang Marquee adalah tiada langkah tambahan untuk peminat kami," jelas Pineda. "Sebaik sahaja peminat melihat lagu baharu kami, ‘Falling in Love', mereka boleh terus mendengar lagu tersebut apabila peringatan bahawa lagu tersebut diterbitkan menarik perhatian mereka pada masa itu."
Apabila Marquee untuk "Falling in Love" dilancarkan pada bulan Ogos 2021, lebih daripada 29% pendengar yang melihat lagu ini menstrim lagu tersebut – dua kali ganda daripada penanda aras bagi genre Pop. Lebih daripada 20% pendengar juga menyimpan lagu tersebut dalam pustaka peribadi mereka.
Sama dengan kebanyakan lagu Julia Wolf, "Falling in Love" juga mempunyai Canvas – satu visual ulang tayang pendek untuk ditonton oleh peminat semasa mendengar muziknya. Dia menghasilkan karya seni itu sendiri dan berkata bahawa inilah sesuatu yang dilakukan olehnya untuk seberapa lama yang boleh. "Sudah pastinya inilah bentuk penggambaran diri yang lain kerana saya mahu orang ramai lebih memahami jenama tersebut apabila melihat visual ini. Saya mahu mereka berasa mereka berada di dunia yang berbeza – dunia Julia Wolf. Visual ini mencerminkan diri saya, jadi visual ini sama penting dengan muzik itu."
"Canvas Spotify memang membantu saya menambahkan elemen lain pada muzik kerana daripada cuma menjadikan muzik tersebut sebagai karya seni, kini saya mempunyai kebebasan untuk memperkenalkan visual lain ke dalam minda orang ramai dan membantu mereka lebih memahami [muzik tersebut]," jelas Wolf. "Saya suka melihat peminat saya berkongsi Canvas yang saya hasilkan kerana ini lagi menarik minat orang lain untuk mengklik pada Canvas tersebut dan tertanya-tanya, 'okey, apakah di sebalik muzik ini?'"
Dalam masa tiga bulan selepas keluaran "Falling in Love", lagu tersebut disimpan lebih daripada 20,000 kali dan ditambahkan pada lebih daripada 25,000 playlist. Berikutan dengan itu, Spotify Wolf juga berkembang melebihi 20% yang meningkatkan bilangan pendengar yang bersedia dan menunggu untuk mendengar EP lanjutannya, Girls in Purgatory (Edisi Bulan Purnama) apabila EP ini diterbitkan minggu ini (8 Dis.).
Tonton episod penuh How They Made It di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia Julia Wolf, kemudian klik di sini untuk meneroka siri penuh.
Spotify for Artists membantu anda mengembangkan asas peminat yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.