Kembangkan kerjaya anda di samping mengetengahkan muzik anda. Dengan Spotify for Artists, anda boleh meningkatkan jangkauan anda, menyiarkan video, meningkatkan keterujaan prakeluaran, dan menjual barang dagangan dan tiket – di tempat penstriman berlangsung.
Tonjolkan muzik anda
Tingkatkan muzik anda dengan Campaign Kit— satu set alatan yang direka untuk mendorong metrik yang bermakna untuk artis dan pemasar muzik. Luaskan jangkauan anda dan bina peminat sepanjang hayat.
Berhubung dengan peminat
Jemput pendengar masuk ke dalam dunia kreatif anda. Sesuaikan profil artis anda, cipta video dan visual, dan kongsikan kisah di sebalik muzik anda.
Kembangkan perniagaan anda
Terdapat banyak peluang untuk memperoleh pendapatan sebagai artis di Spotify. Walaupun Loud & Clear ialah sumber anda untuk mendapatkan data, sumber, dan ketelusan tentang royalti penstriman, berikut ialah beberapa peluang lain untuk diterokai.
Fahami audiens anda
Analisis data audiens, playlist dan muzik untuk membantu anda mencapai matlamat anda.
Sama ada anda merupakan artis popular atau artis baharu, Spotify for Artists akan membantu anda mencari peminat dan memasarkan anda dengan lebih baik kepada mereka.
Artis
Spotify for Artists banyak mengubah cara kita berurus niaga. Keupayaan untuk melihat kemajuan dan pencapaian itu dalam masa nyata adalah sangat berharga.
Pengasas/Pengurus di girlrianmanagement
Data Spotify for Artists telah menambah nilai secara eksponensial kepada strategi penglibatan kami dan membimbing kami terhadap perkara yang patut diberi penekanan.
Naib Presiden Pemasaran di Big Loud
Sebagai seorang artis, saya berasa gembira kerana muzik saya boleh didengari dengan lebih meluas ke seluruh dunia disebabkan oleh Spotify.
Artis